Konsep mengarusperdanakan gender: kajian wanita dalam pekerjaan di Malaysia / Azizan Zainuddin dan Kartini Khalid @ Aboo Talib

Zainuddin, Azizan and Khalid @ Aboo Talib, Kartini (2018) Konsep mengarusperdanakan gender: kajian wanita dalam pekerjaan di Malaysia / Azizan Zainuddin dan Kartini Khalid @ Aboo Talib. Journal of Administrative Science, 15 (1). ISSN 1675-1302

Official URL: http://jas.uitm.edu.my

Abstract

Kajian ini memfokuskan perbincangan terhadap faktor-faktor yang menyumbang terhadap penglibatan wanita dalam pekerjaan dengan mengambilkira pelaksanaan strategi mengarusperdanakan gender yang diaplikasikan dalam Dasar Wanita Negara serta kesannya terhadap wanita dalam sektor pekerjaan. Konsep yang diperkenalkan berdasarkan perspektif feminisme ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan wanita khususnya dalam pekerjaan. Sebelum ini wanita dalam sektor pekerjaan dilihat agak terpinggir daripada arus pembangunan negara. Walau bagaimanapun pengadaptasian konsep ke dalam dasar negara dilihat kurang memberi impak positif kepada wanita dalam sektor pekerjaan. Tren penglibatan wanita dalam sektor ini khususnya di peringkat pembuatan keputusan sektor awam dilihat masih lemah. Justeru itu bagi menjawab persoalan kajian, kaedah berbentuk kualitatif dengan teknik temubual secara mendalam telah diaplikasikan dalam kajian ini. Seramai 28 orang informan telah dipilih berdasarkan persampelan purposive. Informan adalah di kalangan wanita yang mempunyai pengalaman serta pengetahuan khusus mengenai isu yang dibincangkan. Hasil kajian mendapati terdapat dua faktor utama yang menghambat penglibatan wanita dalam pekerjaan di Malaysia iaitu diskriminasi secara halus terhadap wanita serta fasiliti penjagaan anak yang tidak praktikal. Kajian turut mendapati faktor-faktor halangan terhadap penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan di sektor awam khususnya di peringkat pembuatan keputusan sangat signifikan dengan paradigma masalah yang berstruktur khususnya daripada aspek patriarkal. Perbincangan terperinci mengenai kajian dilanjutkan dalam artikel ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainuddin, Azizan
azizan_zainuddin@salam.uitm.edu.my
Khalid @ Aboo Talib, Kartini
k_khalid@ukm.edu.my
Subjects: J Political Science > JF Political institutions and public administration > Public administration
J Political Science > JF Political institutions and public administration > Administrative agencies. Politicians
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Journal or Publication Title: Journal of Administrative Science
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Administrative Science (JAS)
ISSN: 1675-1302
Volume: 15
Number: 1
Keywords: Mengarusperdanakan gender, Wanita, Pekerjaan, Dasar Wanita Negara, Patriarkal
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42494
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42494.pdf] Text
42494.pdf

Download (204kB)

ID Number

42494

Indexing