Rekabentuk modul pembelajaran sokongan sistem nombor peringkat rendah / Rafizah Kechil, Siti Balqis Mahlan and Norazah Umar.

Kechil, Rafizah and Mahlan, Siti Balqis and Umar, Norazah (2008) Rekabentuk modul pembelajaran sokongan sistem nombor peringkat rendah / Rafizah Kechil, Siti Balqis Mahlan and Norazah Umar. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Pencapaian pelajar dalam matapelajaran matematik di kalangan pelajar sekolah di negara ini masih pada tahap rendah sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti. Masyarakat sedia maklum bahawa pencapaian matematik pelajar di luar bandar adalah lebih rendah berbanding pelajar bandar. Mengambil kira senario ini, Modul Sokongan Sistem Nombor Peringkat Rendah direkabentuk sebagai altenatif bagi membantu mempertingkatkan kemahiran serta motivasi pelajar dalam mempelajari matematik. Modul ini memberi tumpuan dalam peningkatan kefahaman sistem nombor peringkat rendah yang merupakan asas kepada matapelajaran matematik. Modul tersebut dibahagikan kepada dua bahagian. Modul I memberi penekanan kepada konsep sistem nombor, manakala Modul II pula, penekanan kepada penyelesaian masalah melibatkan sistem nombor. Pendekatan pembelajaran yang digunakan ialah pembelajaran berbantu komputer dan pembelajaran koperatif. Modul yang telah direkabentuk diperkenalkan kepada pelajar Tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Analisa dilakukan bagi mengetahui keberkesanan penggunaan modul tersebut kepada pelajar- pelajar tersebut. Dapatan kajian mendapati adanya peningkatan dalam pencapaian pelajar setelah didedahkan dengan Modul I. Bagi Modul II, pelajar tidak menunjukkan peningkatan. Masalah ini berpunca dari kelemahan menterjemahkan masalah matematik kepada pengiraan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kechil, Rafizah
UNSPECIFIED
Mahlan, Siti Balqis
UNSPECIFIED
Umar, Norazah
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Study and teaching
Q Science > QA Mathematics > Study and teaching > Malaysia
Q Science > QA Mathematics > Factor analysis. Principal components analysis. Correspondence analysis
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Keywords: Sistem Nombor, Matematik, Pelajar
Date: April 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42332
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42332.pdf] Text
42332.pdf

Download (64kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Bilik Koleksi Akses Terhad PTAR | Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang

ID Number

42332

Indexing

|

Statistic

Statistic details