Laman web institusi zakat di Malaysia: satu penilaian / Ismadi Md Badarudin, Zainal Fikri Zamzuri and Abdul Hadi Salleh

Md Badarudin, Ismadi and Zamzuri, Zainal Fikri and Salleh, Abdul Hadi (2006) Laman web institusi zakat di Malaysia: satu penilaian / Ismadi Md Badarudin, Zainal Fikri Zamzuri and Abdul Hadi Salleh. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat pembangunan dan perlaksanaan laman web di Institusi zakat yang dipilih di Malaysia. Penyelidik membahagikan pengumpulan maklumat kepada tiga fasa. Fasa pertama, kajian bermula dengan mengenalpasti ciri-ciri laman web yang baik daripada kajian literature Terdapat 12 pembolehubah yang menyumbang kepada penghasilan laman web yang baik. Fasa kedua, terdapat dua jenis borang soal selidik dikeluarkan. Daripada hasil borang selidik pertama iaitu bertujuan untuk mendapat pandangan responden terhadap ciri-ciri laman web yang baik, penyelidik memperolehi purata skala antara 4 dan 4.99 iaitu kategori setuju dan sangat setuju terhadap 10 daripada 12 pembolehubah yang dikemukakan. Manakala dalam borang selidik kedua iaitu pandangan responden terhadap laman web zakat yang wujud di Institusi zakat di Malaysia, hasil purata skala yang diperolehi menyatakan laman web Wilayah Persekutuan, Selangor, N.Sembilan, Pahang dan P.Pinang adalah antara lima laman web terbaik. Fasa ketiga, adalah proses temuduga dan pemerhatian terhadap laman web yang dipilih di mana hasil penemuan membolehkan satu model dalam membentukan laman web dikemukakan. Model tersebut menyatakan terdapat lima elemen asas yang perlu ditekankan iaitu penglibatan pengurusan atasan, pengendali laman web, staf yang bertangungjawab di bahagian teknikal, pihak yang terlibat dalam pemantauan maklumat dan bahagian yang bertanggunjawab dalam menyediakan maklumat di laman web.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 42250.pdf]
Text
42250.pdf
Download (3MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics