Pelaporan berita buli dalam akhbar broadsheet Utusan Malaysia dan tabloid Berita Harian di Malaysia / Mohamed Afiq Amani Mohamed Nahdirsha and Rani Ann Balaraman.

Mohamed Nahdirsha, Mohamed Afiq Amani and Balaraman, Rani Ann (2020) Pelaporan berita buli dalam akhbar broadsheet Utusan Malaysia dan tabloid Berita Harian di Malaysia / Mohamed Afiq Amani Mohamed Nahdirsha and Rani Ann Balaraman. Forum Komunikasi (FK), 15 (2). pp. 51-70. ISSN 0128-2379

Abstract

Laporan Numbeo (2018) meletakkan Malaysia di tangga ketiga di Asia dalam kategori negara tidak selamat akibat peningkatan kes jenayah seperti jenayah buli. Tahun 2017, Malaysia telah dikejutkan dengan dua kes buli yang meragut nyawa Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain dan T. Nhaveen, remaja berusia 18 tahun. Kedua-dua kes ini telah menarik perhatian pelbagai pihak terutamanya media yang memberikan pelaporan secara kritikal berkaitan kes buli. Kajian ini dilakukan bertujuan melihat bagaimana berita buli dipersembahkan dalam akhbar broadsheet dan tabloid di Malaysia. Dua buah akhbar yang mewakili akhbar broadsheet iaitu Utusan Malaysia dan tabloid iaitu akhbar Berita Harian telah dipilih sebagai sampel kajian. Aspek yang dikaji adalah termasuk mengenal pasti atur letak berita, tajuk berita, kepanjangan berita, gambar dan sumber pelaporan berita buli sepanjang tempoh lima tahun kajian iaitu dari tahun 2014 hingga 2018. Hasil kajian mendapati kedua-dua jenis akhbar telah memberikan pelaporan yang sedikit terhadap isu buli. Kebanyakan berita yang dipaparkan hanya dimuatkan di bahagian dalam dengan menggunakan tajuk berita informatif, memetik sumber daripada keselamatan dan ketenteraman awam serta mengetengahkan gambar bersaiz 1/4 halaman, untuk mempersembahkan berita buli kepada pembaca mereka.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed Nahdirsha, Mohamed Afiq Amani
UNSPECIFIED
Balaraman, Rani Ann
rani_balaraman@usm.my
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Forums (Discussion and debate)
P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: Forum Komunikasi (FK)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK)
ISSN: 0128-2379
Volume: 15
Number: 2
Page Range: pp. 51-70
Keywords: Analisis kandungan, Broadsheet, Buli
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42210
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42210.pdf] Text
42210.pdf

Download (379kB)

ID Number

42210

Indexing

Statistic

Statistic details