Rasuah dan salah guna kuasa: protes sosial Rahim Razali dalam matinya seorang patriot / Siti Normala Hamzah, Mohamad Saleeh Rahamad@Ahamad and Md Azalanshah Md Syed.

Hamzah, Siti Normala and Rahamad@Ahamad, Mohamad Saleeh and Md Syed, Md Azalanshah (2020) Rasuah dan salah guna kuasa: protes sosial Rahim Razali dalam matinya seorang patriot / Siti Normala Hamzah, Mohamad Saleeh Rahamad@Ahamad and Md Azalanshah Md Syed. Forum Komunikasi (FK), 15 (2). pp. 25-50. ISSN 0128-2379
Abstract

Artikel ini membicarakan mengenai analisis protes sosial masyarakat yang dipaparkan dalam filem Matinya Seorang Patriot yang diterbitkan pada tahun 1984 oleh Rahim Razali. Filem ini merupakan sebuah dokumentasi masyarakat yang menolak penyelewengan politik dan kuasa serta kepincangan golongan kolar putih. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis isu Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu sekitar dekad 80-an melalui perspektif teori sosiologi sastera, dengan menumpukan kepada isu rasuah dan salah guna kuasa yang terkandung dalam filem tersebut. Selain itu, kajian kualitatif ini mengaplikasikan kaedah analisis teks sebagai kaedah kajian utama, dan kaedah temubual serta pengumpulan data sekunder sebagai pendekatan tambahan. Penggunaan teori sosiologi sastera dalam menganalisis kajian ini memberi justifikasi mengenai hubungan langsung antara filem dengan zaman, ras dan persekitarannya. Kajian ini turut memberi signifikasi kepada bidang akademik kerana mewujudkan ruang kritikan sastera yang bersifat kritikan kemasyarakatan dan kritikan sosial dalam filem, selain turut menjadi sumber rujukan kepada karyawan filem untuk penambahbaikan filem tempatan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 42207.pdf]
Text
42207.pdf
Download (507kB)
Indexing & Metrics
Citations
3 Google Scholar Citations