Tahap pemahaman pelajar dalam konsep magnetik dan optik: kajian kes PHY 193 / Noorezal Atfyinna Mohd Napiah, Nor Fadhlin Jaafar and Ahmad Nazis Alias.

Mohd Napiah, Noorezal Atfyinna and Jaafar, Nor Fadhlin and Alias, Ahmad Nazis (2009) Tahap pemahaman pelajar dalam konsep magnetik dan optik: kajian kes PHY 193 / Noorezal Atfyinna Mohd Napiah, Nor Fadhlin Jaafar and Ahmad Nazis Alias. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui pemahaman konsep optik dan magnetik adalah melalui teori atau pengiraan. Di samping itu, mengenalpasti sama ada latar belakang pendidikan keluarga mempengaruhi minat pelajar dalam fizik, mengenalpasti sikap pelajar terhadap fizik dan mengenalpasti pelajar yang tidak memahami konsep fizik. Instrumen dalam kajian ini merupakan set borang soal selidik dan soalan kaji selidik. Responden kajian yang digunakan terdiri daripada pelajar semester 1 di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan pelajar semester 2 di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang mengambil subjek PHY 193 iaitu Physics For Engineering II. Responden yang terlibat adalah seramai 58 orang yang terdiri daripada 9 orang perempuan dan 49 orang lelaki. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, kaedah Pekali Korelasi Pearson r dan Kaedah Pearson Chi-Square. Dapatan analisis korelasi Pearson mendapati bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara pemahaman konsep optik dan magnetik melalui pengiraan. Anal isis Pearson Chi- Square menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara latar belakang pendidikan ibu bapa dengan minat terhadap fizik. Dapatan kajian ini juga mandapati bahawa seramai 44 orang responden mempunyai sikap yang positif terhadap fizik dan seramai 54 orang responden yang tidak memahami konsep optik sementara 34 orang responden yang tidak memahami konsep magnetik.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Napiah, Noorezal Atfyinna
UNSPECIFIED
Jaafar, Nor Fadhlin
UNSPECIFIED
Alias, Ahmad Nazis
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QC Physics > Electricity and magnetism
Q Science > QC Physics > Electricity and magnetism > Magnetism
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Keywords: Magnetik, Pearson Chi-Square, Fizik Instrumen
Date: November 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42029
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42029.PDF] Text
42029.PDF

Download (106kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Bilik Koleksi Akses Terhad PTAR | Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang

ID Number

42029

Indexing

|

Statistic

Statistic details