Laporan akhir kajian tahap patriotik rakyat Malaysia: kajian di lembah klang / Prof Madya Abdullah @ Kassim Mohamad , Prof Madya Dr. Mokhtar Muhammad , Haliza Hasan

Mohamad, Abdullah @ Kassim and Muhammad, Mokhtar and Hasan, Haliza (2002) Laporan akhir kajian tahap patriotik rakyat Malaysia: kajian di lembah klang / Prof Madya Abdullah @ Kassim Mohamad , Prof Madya Dr. Mokhtar Muhammad , Haliza Hasan. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Semangat patriotisme amat penting untuk membangunkan negara supaya
menjadi sebuah negara yang dihormati di dunia. Konsep dunia tanpa sempadan
yang diperkenalkan pada alaf baru ini boleh menghakis identiti bangsa dan
negara ini. Di samping itu, ada usaha supaya kita lupakan bangsa dan budaya
dan sudah ada rakyat Malaysia yang menerima mereka adalah warganegara
dunia. Ini sebagai bukti semangat kasih dan cinta pada negara sudah terhakis.
Jika semangat patriotisme tidak dipupuk di kalangan generasi muda, negara
tidak akan dapat dipertahankan dari serangan budaya luar. Persekutuan Tanah
Melayu yang telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 adalah sebuah
negara demokrasi yang mengamalkan pemerintahan berdasarkan Raja
Berperlembagaan. Pada tahun 1963, perlembagaan ini ditukar kepada
Perlembagaan Malaysia yang kini dijadikan panduan asas dalam menentukan
sistem pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Dasar-dasar
tersebut terus menjadi akar umbi kepada pembentukan negara Malaysia
sehinggalah kegemilangan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-43 disambut
dengan meriahnya pada tanggal 31 Ogos 2000 yang pertama di alaf baru ini.
Anjakan paradigma dan juga cabaran merentasi pelbagai budaya dengan pintu
masuk yang luas mempraktikkan globalisasi menyaksikan generasi muda ramai
terpengaruh dengan budaya barat yang tidak sihat. Kegoncangan ini meliputi
tatacara kehidupan seharian dari segi fizikal dan juga mental yang kurang
bahkan hampir terhapus kepada budaya bangsa kita sendiri. Ini menandakan
bahawa kita ketandusan semangat patriotisme di kalangan jiwa generasi muda
yang bakal menerajui kepimpinan tanah air. Paling membimbangkan apabila i1usi
bUdaya ini turut menular di kalangan generasi muda yang menuntut di institusi
pengajian tinggi sedangkan merekalah sasaran utama yang diharapkan dapat
membawa haluan remaja luar kampus yang leka terhadap perjuangan bangsa
terdahulu kembali kepada nilai sanjungan bangsa yang sebenar. Tidak ada cara
yang lebih berkesan untuk menangani daripada segala ancaman yang datang
termasuk melalui teknologi maklumat (IT) melainkan dengan memupuk semangat
patriotisme. Melalui semangat patriotisme dan membangunkan budaya, rakyat
dapat memperkuat dan memperkukuhkan benteng moral yang mulia. Patriotisme
adalah senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada
sebarang bentuk penjajahan baru atau dalam apa juga bentuk.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Abdullah @ Kassim
UNSPECIFIED
Muhammad, Mokhtar
UNSPECIFIED
Hasan, Haliza
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
H Social Sciences > HM Sociology > Social values
Divisions:
Keywords: Patriotisme, bangsa, budaya, Lembah Klang
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4193
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_ABDULLAH KASSIM MOHAMAD 02_5 1.pdf] Text
LP_ABDULLAH KASSIM MOHAMAD 02_5 1.pdf

Download (189kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

4193

Indexing

|

Statistic

Statistic details