Peranan dan cabaran agensi pelancongan bumiputera dalam era globalisasi: satu tinjauan agensi pelancongan bumiputera di negeri Melaka dan Negeri Sembilan / Habsah Kasim, Md. Tahir Abd Hamid dan Azizah Mohammad Amin

Kasim, Habsah and Abd Hamid, Md. Tahir and Mohammad Amin, Azizah (2006) Peranan dan cabaran agensi pelancongan bumiputera dalam era globalisasi: satu tinjauan agensi pelancongan bumiputera di negeri Melaka dan Negeri Sembilan / Habsah Kasim, Md. Tahir Abd Hamid dan Azizah Mohammad Amin. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan cara mengedar borang soal selidik di kalangan agensi pelancongan bumiputera yang beroperasi di Neqeri Sembilan dan Melaka. Sebanyak 20 agensi bumiputera telah menjawab soal selidik tersebut yang terdiri daripada 9 agensi dari negeri Melaka dan 11 agensi dari Negeri Sembilan. Selain daripada mengedarkan soal selidik, temu bual juga dijalankan dikalangan pemilik agensi-agensi terlibat serta mereka yang terlibat di dalam sektor pelancongan baik di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri. Hasil daripada kajian mendapati bahawa agensi-agensi pelancongan bumiputera di kedua-dua negeri iaitu di Negeri Sembilan dan Melaka memang menghadapi cabaran dan masalah dalam menjalankan perniagaan mereka seperti menghadapi persaingan yang hebat daripada agensi pelancongan bukan bumiputera, lokasi perniagaan yang tidak strategik, sukar mendapatkan pinjaman, pengurusan pentadbiran dan kewangan yang kurang cekap, memiliki modal yang kecil serta sebilangan daripada mereka tidak mengikut syarat kontarak bayaran kepada pembekal yang rnenqakibatkan mereka kehilangan kontrak.
Cadangan dan saranan telah dikenal pasti dan diharap dapat diaplikasikan oleh mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan terutama oleh agensi-agensi pelancongan milik bumiputera. Antara saranan tersebut ialah memperbanyakkan produk-produk pelancongan baru seperti 'heritage historical tourism', meluaskan konsep 'homestay', mewujudkan perkampungan Minangkabau di Negeri Sembilan, memperkenal dan memperluaskan konsep 'Agro-tourism', 'Gastronomy Tourism' dan 'Cosmetic and Health Tourism'. di samping itu pengusaha agensi pelancongan bumiputera adalah disarankan agar dapat berubah sikap dan perlu berfikir ke hadapan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kasim, Habsah
UNSPECIFIED
Abd Hamid, Md. Tahir
UNSPECIFIED
Mohammad Amin, Azizah
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel agencies and clubs
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Keywords: Agensi pelancongan; Bumiputera; Melaka; Negeri Sembilan
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41903
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 41903.pdf] Text
41903.pdf

Download (759kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries

ID Number

41903

Indexing

|

Statistic

Statistic details