Golden Leaves Nursery / Mohd Farid Hussin … [et al.]

Ahmad Badri, Nor Haizree and Abdullah, Mazlina and Tosirun, Noraliza and Surip, Ruzilawati and Mohd Hashim, Nurrafeah and Ali, Sairulbariah (1999) Golden Leaves Nursery / Mohd Farid Hussin … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Bidang perniagaan atau dunia keushawanan merupakan satu bidang ekonomi yang amat menguntungkan dan amat luas. la memerlukan ketabahan, kegigihan dan kesungguhan dalam mencapai tahap yang membanggakan. Untuk memastikan apa yang diimpikan tercapai, selain
mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi seseorang itu haruslah mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Beliau juga harus kreatif, cepat bertindak terhadap setiap peluangyang ada, berinovatif, berinisiatif dan peka terhadap perkembangan dunia perniagaan masa kini yang semakin mencabar dan kompetitif. Perniagaan merupakan penyumbang terbesar sumber ekonomi dan pendapatan sesebuah negara. Malah Islam sendiri menggalakkan agar umatnya berniaga kerana 90% daripada sumber ekonomi itu datangnya daripada perniagaan. Perniagaan bukan sahaja bermatlamatkan keuntungan bahkan bagi mendapalkan keredhaan Allah Taala, di alas nikmal yang telah di kurniakan kepada manusia.
Kerajaan Malaysia dalam usaha menambah bilangan usahawan - usahawan muda terutama kaum bumiputera dalam bidang perniagaan, menggalakkan mereka ini terlibat dalam sektor pertanian, ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan di antara sektor yang sedia ada dengan sector perniagaan. Maka untuk menyahut seruan kerajaan itu kami bersepakat
menubuhkan perniagaan dalam bidang pertanian.
Kami memilih perusahaan penjualan bunga-bungaan dan tanaman lain, memandangkan pasaran yang tinggi dan prospek yang meluas di masa hadapan. Kami juga yakin mampu menyaingi perusahaan yang sedia ada dan mampu memperolehi keuntungan yang membanggakan berdasarkan kepada penyelidikan yang telah kami jalankan bagi memastikan usaha ini berjaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 41541.pdf]
Text
41541.pdf
Download (730kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics