Shalen Consultancy Services / Norhisham Kamaruddin … [et al.]

Syed Hood, Sh.Hanim Alhabshi and Zakaria, Normanizam and Abdul Latif, Nurulhuda and Jamaluddin, Heizleen and Yahaya, Mohd. Nor and Supiar, Sophina (1996) Shalen Consultancy Services / Norhisham Kamaruddin … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Agensi perkhidmatan rundingcara perakaunan (accounting consultantagency) adalah salah satu bentuk perniagaan dibidang rundingcara kewangan yang sedang berkembang dengan pesat selaras dengan keperluan semasa serta seiring dengan pertumbuhan yang mampan di bidang ekonomi khususnya dalam sektor industri. Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor merupakan koridor pertumbuhan perindustrian yang sedang membangun dan mempunyai potensi untuk berkembang dengan pesat dan maju. Melaka misalnya merupakan sasaran pelaburan baru yang tidak terkecuali dalam perkembangan ini. Langkah kerajaan negeri mewujudkan zon-zon industri seperti di Batu Berendam, Melaka, Masjid Tanah dan Alor Gajah merupakan satu langkah bijak untuk menarik lebih ramai pelabur tempatan dan luar negeri menjalankan perniagaan di Melaka. Kesan secara tidak langsung kepada langkah ini ialah wujudnya lebih banyak syarikat syarikat bermodal besar, industri kecil dan sederhana dan perniagaan 'sole trader' yang beroperasi di sekitar kawasan pembangunan yang dimaksudkan. Pengurusan perakaunan didalam sesebuah perniagaan samaada syarikat atau 'sole trader ' adalah pen ting. Tanpa adanya komponen perakaunan yang kukuh sesebuah syarikat dan perniagaan itu tidak dapat diuruskan dengan bijaksana dan berkemungkinan berakhir dengan kebankrapan. Tinjauan secara rambang di kawasan sekitar Alor Gajah dan Masjid Tanah mendapati kebanyakan syarikat syarikat kecil dan perniagaan 'sole trader' tidak
mempunyai kakitangan yang khusus untuk menyediakan laporan kewangan mereka untuk tujuan rekod dan pencukaian. Ini adalah kerana mereka tidak mampu untuk mengadakan pekerja khusus yang mahir dalam perakaunan oleh sebab sebab tertentu. Mengambil inisiatif daripada perkembangan ini maka kumpulan kami berpendapat bahawa perniagaan berbentuk rundingcara kewangan adalah satu peluang yang bijak serta berpontensi cerah untuk berkembang dengan pesat dan mampu memberi pulangan yang baik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 41516.pdf]
Text
41516.pdf
Download (843kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics