Rounatysouza De’ Choco Café / Norhaniza bt. Mokhtarudin ... [et al.]

Mokhtarudin, Norhaniza and Dzulkarnain, Siti Haslinda and Supiar, Sophia and Kamaludin, Harozi and Abdul Manap, Maznah (1999) Rounatysouza De’ Choco Café / Norhaniza bt. Mokhtarudin ... [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Rounatysouza de’choco cafe adalah nama perkongsian kami. Syarikat perkongsian ini merupakan sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dalam pembuatan kek, menjual cookies dan pembungkusan coklat. Pemilihan bidang ini berdasarkan kepada hasil penyelidikan dan penilaian yang telah kami jalankan sebelum ini. Kami mendapati bahawa bidang ini mempunyai potensi yang besar untuk berkembang maju selaras dengan perkembangan dan pembangunan pesat di Melaka Tengah dan kawasan sekitarnya. Pertambahan penduduk yang pesat akan meningkatkan lagi permintaan terhadap produk ini menjelang tahun 2003. Pengenalan perniagaan yang berteraskan kepada coklat sekaligus dalam
menghasilkan kek, memasarkan coklat dan cookies serta menghasikan minuman seperti coklat panas antara produk pertama yang diperkenalkan di kawasan Melaka dan mungkin juga di Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikan lagi jenis perniagaan makanan di pasaran dalam memenuhi citarasa pengguna. Produk Rounatysouza De’ Choco Cafe ini dapat disediakan dengan cara yang mudah dan menjimatkan masa. Di samping itu, pemilihan lokasi yang strategik meyakinkan kami dalam mencari permintaan yang menggalakkan. Kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti system jalan raya, pengangkutan, bekalan air dan elektrik, dan sebagainya akan memudahkan lagi proses perniagaan dan proses pengagihan kami.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 41514.pdf]
Text
41514.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics