Aneka batik: membuat, menjahit dan mengedar batik / Nor Nahar Wahab … [et al.]

Wahab, Nor Nahar and Ariffin, Nazatul Asma and Abdul Aziz, Azuranee and Omar, Suriatifazua (1997) Aneka batik: membuat, menjahit dan mengedar batik / Nor Nahar Wahab … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Perusahaan batik telah menjadi pilihan ahli kumpulan kami dalam membuat Rancangan Pemiagaan
(ETR 300). Ini memandangkan perusahaan batik di kawasan pantai barat masih belum mendapat perhatian sepenuhnya oleh penduduk tempatan. Kebiasaannya mereka mendapatkannya daripada pengedar-pengedar yang memborong daripada pengeluar-pengeluar di pantai timur. Pantai timur yang sememangnya terkenal dengan perusahaan batik secara komersil. Oleh itu kami mengambil peluang ini untuk menerajui perusahaan batik yang diberi nama ANEKA BATIK yang akan ditempatkan di Cheng Melaka. Memandangkan Melaka kurang mempunyai persaingan kami membuat keputusan untuk menjalankan perusahaan ANEKA BATIK di sini. Perusahaan ini akan memulakan operasinya pada 1 Januari 1998 yang akan memenuhi semua kehendak pelanggan. Perusahaan ANEKA BATIK akan mengeluarkan pelbagai jenis batik lukis dan juga pakaian yang sudah siap dijahit termasuk juga membingkaikan corak batik mengikut pilihan pelanggan. Ini kerana batik menjadi pilihan semua golongan terutamanya untuk majlis rasmi dan tidak rasmi. Potensi untuk berkembang adalah cerah kerana batik tidak akan pupus kerana ia berasaskan corak semulajadi dan abstrak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 41489.pdf]
Text
41489.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics