Bagaimana pertuturan seharian mempengaruhi proses menyanyi Kes studi: tabiat pertuturan yang kurang sempurna(“bad speaking habit”) / Fadlita Mohd Taib

Mohd Taib, Fadlita (2001) Bagaimana pertuturan seharian mempengaruhi proses menyanyi Kes studi: tabiat pertuturan yang kurang sempurna(“bad speaking habit”) / Fadlita Mohd Taib. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Setiap menusia yang ingin bergelar sebagai penyanyi bukan sekadar berkemampuan untuk menyanyi malah mereka harus faham dan tahu apakah yang dikatakan dengan proses menyanyi yang sebenar. Kepentingan pertuturan seharian yang sempurna sememangnya diperlukan bagi mendorong kesempurnaan proses menyanyi. Terdapat tiga faktor penting yang mana penyanyi perlu dalami dan fahami di dalam memperlaksanakan tabiat pertuturan. Penggunaan register yang tepat dan betul merupakan salah satu daripada peranan penting yang menjurus kepada kesempurnaan proses bertutur. Tidak ramai di kalangan manusia amnya dan penyanyi khususnya tahu akan maksud register yang sebenar. Terutamanya kepada rakyat atau penyanyi di Malaysia. Ini kerana negara Malaysia bukan merupakan negara yang dinobatkan sebagai pencetus atau permulaan persembahan nyanyian klasikal dan opera berbanding dengan negara Italy, German dan Perancis. Teknik suara yang betul diperlukan di dalam penyampaian persembahan ini. Oleh kerana negara-negara ini mengutamakan teknik suara bagi memperlengkapkan kriteria sebagai seorang penyanyi, maka latihan dan didikan awal telah pun diberikan. Mereka dilatih bermula dari usia yang muda iaitu tiga atau empat tahun menerusi nyanyian bersama kumpulan koir yang ditubuhkan oleh persatuan gereja.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Taib, Fadlita
95789722
Subjects: M Music and Books on Music > M Music > Vocal music
M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music
Programme: Ijazah Sarjana Muda Muzik
Keywords: Tabiat pertuturan, Proses menyanyi, Penggunaan register
Date: May 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41164
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 41164.pdf] Text
41164.pdf

Download (106kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam

ID Number

41164

Indexing

|

Statistic

Statistic details