Pemberian markah dalam subjek matematik: Kajian perbandingan di kalangan pensyarah matematik baru dan berpengalaman / Anisah Dasman …[et al.]

Dasman, Anisah and Ismail, Nazihah and Nor Azemi, Siti Noorul Ain and Mohamed Nor, Amirah Hana and Mohammed, Norhuda and Mohamed, Siti Rosiah and Shohaimay, Fairuz and Othman, Zarith Sofiah and Kaharudin, Norashikin and Ramli, Nazirah and Sahat, Sa'diah (2013) Pemberian markah dalam subjek matematik: Kajian perbandingan di kalangan pensyarah matematik baru dan berpengalaman / Anisah Dasman …[et al.]. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013, 28-29 Oktober 2013, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang, Malaysia.
Abstract

Selain pengajaran, pensyarah juga terlibat secara langsung dalam penandaan dan pemberian markah yang mana proses ini sangat penting dalam sesebuah institusi. Kemahiran dan penyelesaian masalah merupakan salah satu tunggak utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penyelesaian yang mempunyai kaedah yang berbagai mengakibatkan kepelbagaian jawapan yang diterima semasa ujian dan peperiksaan. Oleh yang demikian, pensyarah menghadapi masalah dalam menanda dan memberi markah kepada jawapan pelajar. 20 sampel skrip jawapan pelajar MAT183 (Kalkulus I) telah diambil dan ditanda oleh empat orang pensyarah yang berbeza pengalaman mengajar, markah untuk setiap soalan diambil dan dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 20.0. Hasil kajian menunjukkan wujudnya variasi markah antara pensyarah baru dan pensyarah berpengalaman semasa penandaan skrip jawapan pelajar dalam subjek matematik di UiTM Pahang. Keputusan menunjukkan pengalaman mengajar yang berbeza memberi kesan kepada pemberian markah kepada pelajar. Oleh itu, dicadangkan agar suatu teknik penandaan yang lebih komprehensif dan jelas dapat dibangunkan supaya dapat dijadikan panduan kepada pensyarah tanpa
mengira pengalaman mengajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 41082.PDF]
Text
41082.PDF
Download (1MB)
Indexing & Metrics