Penternakan Ikan Haruan: Sri Andalus Akuatik / Noorazilah Mohamed … [et al.]

Mohamed, Noorazilah and Yahya, Nazrah and Wan Kamarudin, Wan Masniza and Syed Ibrahim, Syed Mohd Tamimuddin and Rahmat, Norhaizi (1998) Penternakan Ikan Haruan: Sri Andalus Akuatik / Noorazilah Mohamed … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Badan yang sihat datang daripada minda yang cerdas.Minda yang cerdas adalah hasil daripada pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Khasiat ikan haruan mampu memberi keenakan kepada pengemar makanan hidupan air dan menyembuh pelbagai penyakit sama ada dari aspek zahir dan batin. Dengan terlahirnya syarikat Sri Andalus Akuatik iaitu pembekal ikan haruan maka impian masyarakat akan terlaksana serta mampu memenuhi keinginan masyarakat di samping memupuk masyarakat kearah pemakanan yang berkhasiat.

Sri Andalus Akuatik merupakan satu syarikat yang menceburkan diri dalan industri akuakultur. Akuakultur bukan satu bidang yang asing di negara kita, sebaliknya kegiatan yang dulunya lebih banyak di usahakan oleh orang perseorangan kini mula mendapat tempat di kalangan syarikat swasta selepas perusahaan ini didapati berdaya maju dan mendatangkan pulangan yang amat lumayan. Sebagai contohnya salah satu syarikat yang berjaya ialah KUB BERHAD yang menjalankan perusahaan pentemakan ikan air tawar menerusi anak syarikatnya iaitu KUB Agrotech Sdn Bhd. Oleh itu, kami telah bertekad untuk mencontohi kejayaan Syarikat KUB tersebut dengan menceburkan diri di dalam bidang pentemakan ikan air tawar. Ini kerana kami merasakan bahawa bidang tersebut mempunyai potensi untuk maju pada masa hadapan.Selain dari itu, bidang ini juga diyakini menyediakan peluang yang luas dalam perniagaan pengeluaran ikan makanan untuk pasaran tempatan dan eksport.
Menurut sumber, keperluan ikan makanan negara ini dianggarkan sebanyak 850,000 tan metrik setahun bemilai kira-kira RM 25 juta. Bekalan ikan makanan daripada sumber tempatan adalah kira-kira 600,000 tan metrik setahun manakala jumlah import ikan makanan melebihi 200,000 tan metrik bernilai hampir RM 800 juta setahun. Ikan haruan dikatakan mempunyai nilai perubatan dan mempunyai potensi untuk berdaya maju. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM), ikan haruan berupaya untuk menyembuhkan luka dalaman dan luaran, dan juga amat bermanfaat terutama bagi wanita selepas bersalin dan juga
mujarab untuk menyembuhkan luka bekas pembedahan. Kajian saintifik juga menyatakan bahawa ikan ini juga mengandungi unsur perubatan dan ia sekadar menguatkan lagi kepercayaan tradisional. Selain dari itu ikan haruan juga mengandungi 18 jenis asid amino dan sekurang-kurangnya tujuh daripada asid itu mampu memulihkan dan juga mengubati penyakit kulit.
Seterusnya produk berasaskan ikan haruan juga kini banyak di pasaran terutamanya dalam bentuk pati yang dimasukkan dalam kategori makanan kesihatan tetapi bekalannya adalah bergantung kepada import. Atas faktor inilah kami telah sepakat untuk menjalankan pentemakan ikan haruan bagi menampung permintaan yang semakin menggalakkan. Untuk menjalankan perniagaan ini, lokasi yang telah dipilih ialah Kampung Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. Keluasan tapak projek ialah 6 ekar dan untuk permulaan sebanyak 6 buah kolam akan dibina dengan kos RM 1000 sebuah. Kami telah memilih lokasi tersebut kerana ia sangat strategik, memudahkan urusan penjualan kepada pembeli dan mempunyai infrastruktur serta kemudahan asas yang cukup dan sempurna. Kami juga telah bersetuju untuk mendaftarkan syarikat kami dengan nama Sri Andalus Akuatik. Syarikat kami telah memilih bentuk perniagaan perkongsian dengan modal sebanyak RM 205,000 iaitu RM 55,000 melalui ahli kongsi dan RM 150,000 melalui pinjaman dari Bank Pertanian Malaysia. Ini kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam perniagaan perkongsian seperti mendapat kemudahan kewangan daripada pihak institusi kewangan dan juga pembekal, tanggungjawab pengurusan pengendalian perniagaan dapat dibahagikan antara rakan kongsi dan juga perniagaan dapat dikembangkan atas daya usaha, idea, kebolehan serta kemahiran ahli-ahli kongsi. Oleh itu besarlah harapan kami agar perniagaan kami pada suatu hari nanti akan menjadi sebuah perniagaan Bumiputera yang berjaya.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Noorazilah
96735047
Yahya, Nazrah
96797213
Wan Kamarudin, Wan Masniza
96680722
Syed Ibrahim, Syed Mohd Tamimuddin
96881845
Rahmat, Norhaizi
96693054
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Zaidi, Illias
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40565
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 40565.pdf] Text
40565.pdf

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

40565

Indexing

Statistic

Statistic details