Takhta Puteri Enterprise / Noor Ain Adenan … [et al.]

Adenan, Noor Ain and Abdullah, Akhtarul Salwa and Mohd Diah, Fauziah and Ambok Sakak, Noraihan and Rahim, Masita (1999) Takhta Puteri Enterprise / Noor Ain Adenan … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Takhta Puteri Enterprise merupakan sebuah syarikat perkongsian yang terletak di Taman Cheng Jaya, Miikim Cheng Melaka. Kami mengambil inisiatif membuka sebuah perniagaan yang menawarkan pakaian wanita Islam atau dikenali sebagai Busana Muslimah ini ekoran daripada berkembangnya syiar Islam di Malaysia. Dengan permintaan yang semakin meningkat, ianya menguatkan usaha kami untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan ekslusif bagi hasil pengeluaran syarikat ini.
Walaupun ianya bergelar Busana Muslimah namun kami tidak menghadkan pemakaiannya kepada wanita-wanita Islam semata-mata tetapi ianya boleh juga dipakai oleh sesiapa yang berminat.
Nilai-nilai komersial yang dilhamkan pada pakaian kami ini mempunyai prospek untuk maju walaupun ianya bukan pakaian tradisi negara ini. Menyedari akan kurangnya bumiputera yangmenceburi bidang ini dan ianya mempunyai potensi untuk berkembang maju, kami telah mengambil langkah untuk menceburi perniagaan ini dan seterusnya mengkomersilkan jenis pakaian ini. Perkembangan perniagaan ini akan dibantu oleh lokasi strategik yang mampu menjamin permintaan yang tinggi terutamanya daripada golongan wanita-wanita Islam dan ibu-ibu yang mengandung.
Takhta Puteri Enterprise mementingkan mutu, kekemasan, keselesaan dan keanggunan. Konsep perniagaan kami selain memperolehi keuntungan adalah untuk
mendapatkan keberkatan Ilahi, Insya Allah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 40562.pdf]
Text
40562.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics