Hitech Code / Mohd Hafiz Ahmad … [et al.]

Ahmad, Mohd Hafiz and Kassim, Mohd Nadzeri and Mustapa, Mimi Zelia and Mohd Mohtar, Haryati and Mansor, Noraida and Che Desa, Mastura (1999) Hitech Code / Mohd Hafiz Ahmad … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Selari dengan matlamat Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad untuk melahirkan golongan yang berjaya dalam bidang perniagaan, maka atas kesedaran ini, kami bangkit untuk menyahut seruan dan cabaran matlamat tersebut. Kami berganding bahu dan bersatu hati untuk membuka perniagaan yang jarang sekali diceburi oleh bumiputra. Kami bertekad untuk memecahkan monopoli perniagaan yang lazimnya dipelopori oleh kaum lain. Kami ingin menjadi pencetak kod bar yang sekarang
ini penting dalam dunia pengeluaran pada zaman ini. Dengan itu kami berhasrat apabila melibatkan diri dalam bidang ini, maka kami akan sama-sama menyumbangkan tenaga dalam pembangunan negara khasnya penbabitan bumiputra dalam bidang perniagaan yang mencabar.
Perniagaan ini bukanlah merupakan bidang yang baru tetapi perniagaannya kurang dilakukan kerana risiko bolehlah dikatakan amat mencabar. Tetapi permintaan terhadapnya amat menggalakkan. Kami akan cuba mengatur strategi yang baik untuk kejayaan syarikat kami. Biarpun keadaan ekonomi negara kita mengalami kegawatan, namun pada kami kepentingan barangan yang ingin kami pasarkan ini adalah masih stabil kerana pasaran memang memerlukan barangan ini. Kami juga mendapati bahawa barangan ini merupakan keperluan kepada keluaran yang dikeluarkan oleh industri-industri yang terlibat dalam proses pengeluaran.Dengan itu , ianya membuatkan permintaan terhadapnya sentiasa wujud.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 40419.pdf]
Text
40419.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics