Perayaan Gawai Antu di Saratok / Ayang Diri ... [et al.]

Diri, Ayang and Bengkiau, Esther Ricky and Bennet, Franklin Ganggan (1998) Perayaan Gawai Antu di Saratok / Ayang Diri ... [et al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Pada zaman dahulu kala ada seorang lelaki yang bernama Kedawa. Kedawa baru sahaja kematian isterinya. Beliau yang masih bersedih di atas kematian isterinya telah menghabiskan sepanjang masanya dengan berbaring sambil menyelimut seluruh badannya. Pada suatu hari seorang penduduk rumah panjang bernama Ensing Jara telah datang ke biliknya dan mengajaknya menyabung ayam bersama-samanya. Ensing Jara adalah orang Iban yang pandai menyabung ayam pada masa itu dan beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana perlawanan menyabung ayam. Ensing Jara memujuk Kedawa supaya jangan bersedih atas kematian isterinya, Setelah puas Ensing Jara memujuk, akhirnya Kedawa pun bersetuju untuk bersabung ayam dengannya. Kedawa bangkit dari tempat dia berbaring lalu mengikut Ensing Jara pergi ke halaman rumah panjang mereka. Mereka berdua pun mula menyabung ayam dan ayam Kedawa telah kalah. Kedawa berasa tidak puas hati lalu mengambil seekor lagi ayamnya dan sekali lagi dia kalah dan begitulah seterusnya sehingga kesemua ayam Kedawa mati, sampai kan ayam betinanya pun mati dikalahkan Oleh ayam Ensing Jara. Begitulah kehebatan ayam Ensing Jara yang sukar tandingnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 40418.pdf]
Text
40418.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan 2, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics