Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh

Wan Teh, Wan Hasmah (2014) Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kajian ini membicarakan lapan buah filem adaptasi dari Malaysia dan Indonesia dengan memberi tumpuan khusus kepada proses adaptasi yang berlaku ketika pengarah memindahkan novel ke filem. Filem adaptasi sering kali dikaitkan dengan persoalan "setia" iaitu melihat sejauh mana filem patuh kepada novel yang dijadikan sumber atau sebaliknya. Kajian ini memperincikan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua medium iaitu novel dan filem bagi membuktikan percantuman antara keduanya pasti menghasilkan karya yang turut berbeza. Terdapat beberapa kaedah adaptasi yang telah dianjurkan oleh sarjana Barat seperti Morris Beja, Geoffrey Wagner, Michael Klein dan Gillian Parker, Dudley Andrew, dan McFarlane. Kebanyakannya mencadangkan agar karya asal dijadikan sumber untuk menghasilkan karya baru atau mengekalkan struktur teks dengan menambah tafsifan yang sesuai atau dalam keadaan tertentu meleraikan sumber teks tersebut. Bagi melihat proses adaptasi yang telah dilakukan oleh pengarah filem, kajian ini mengambil empat buah filem adaptasi dari Malaysia dan empat buah filem adaptasi dari Indonesia. Empat buah filem dari Malaysia adalah "Langit Petang" (1982), "Ranjau Sepanjang Jalan" (1983), "Mira Edora" (1990), dan "Jogho" (1997). Manakala empat buah filem dari Indonesia pula adalah "Salah Asuhan" (1972), "Badai Pasti Berlalu" (1977), "Ayat-Ayat Cinta" (2008), dan "Laskar Pelangi" (2008). Kelapanlapan buah filem tersebut dianalisis berdasarkan proses adaptasi yang telah disebutkan oleh Desmond dan Hawkes (2006) iaitu proses pemotongan, pengekalan, penambahan, dan pengubahsuaian terhadap adegan, tema, watak dan latar yang ingin ditampilkan. Kesemua proses ini menentukan kelas setiap filem tersebut sama ada berada di bawah adaptasi setia, pertengahan atau longgar yang dipadankan dengan kaedah adaptasi Michael Klein dan Gillian Parker (1987) iaitu terjemahan dasar, interpretasi semula dan penghasilan karya seni baru. Dapatan kajian mendapati, pengarah filem lebih banyak menggunakan proses adaptasi pengubahsuaian akhiran cerita kerana didorong oleh hasrat dan harapan untuk memberi makna baru kepada khalayaknya dan dinilai berbeza dari makna novel. Klasifikasi filem adaptasi sebagai setia, pertengahan atau longgar bukan ukuran mutlak untuk memastikan kejayaan atau kegagalan filem tersebut, sebaliknya ditentukan oleh kreativiti pengarah dan krew yang terlibat ketika melakukan adaptasi tersebut. Kajian ini juga mendapati terdapat faktor-faktor lain yang menentukan sambutan penonton terhadap filem adaptasi antaranya populariti novel, tema ringan dan kerjasama baik di antara pengarang dan pengarah bagi mewujudkan persefahaman mengenai proses adaptasi.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Teh, Wan Hasmah
2008411022
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ishak, Solehah (Prof. Dr.)
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Doctor of Philosophy
Keywords: Adaptasi, Malaysia, Indonesia
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40386
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 40386.pdf] Text
40386.pdf

Download (222kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

40386

Indexing

Statistic

Statistic details