Envi Care Enterprise: Rawatan Effluen Perindustrian / Mohamed Huzaifah Mohamed Lasin … [et al.]

Mohamed Lasin, Mohamed Huzaifah and Ahmad, Muhd Dzarif Taqiyuddin and Noor Mohamad, Nor Safrizan and Abd Kadir, Mohd Azli and Jonet, Amri Hasmi (1998) Envi Care Enterprise: Rawatan Effluen Perindustrian / Mohamed Huzaifah Mohamed Lasin … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Air merupakan satu sebatian kimia di antara 2 atom Hidrogen dan 1 atom Oksigen. Air, tidak dapat dinafikan merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia. Kegunaan air merangkumi pengguna domestik, pertanian, perlombongan dan perindustrian. Dalam ketiga-tiga sektor utama terbabit, perindustrian merupakan antara pengguna air yang terbanyak dalam menghasilkan produk. Antaranya ialah produk makanan, produk yang berasaskan getah dan sebagainya. Pada lewat 80-an sehingga pertengahan 90-an, sektor perindustrian dikuasai oleh pengeluaran produk elektronik. Walaubagaimanapun, ketika kelembapan ekonomi melanda Malaysia bermula Julai 1997, kerajaan telah menggalakkan sektor perindustrian untuk mengeluarkan lebih banyak produk makanan kerana negara banyak mengimport makanan untuk keperluan rakyat. Oleh itu, dalam konteks ini, air akan menjadi antara bahan asas yang penting dalam mengeluarkan produk makanan dan tentunya penggunaan air akan bertambah dengan banyak. Sehubungan itu, pembuangan air yang mengandungi sisa-sisa bahan mentah akan menjadi lebih banyak. Dalam perkara ini, pembuangan effluent perindustrian seharusnya dilakukan berteraskan tanggungjawab mencintai alam sekitar. Berdasarkan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliting, 1974; Pindaan 1997 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliting (Kumbahan Dan Effluen-Efffuen Perindustrian), 1974, Jabatan Alam Sekitar telah menguatkuasakan undang-undang berkenaan pembuangan effluen perindustrian yang mana air buangan perlulah terlebih dahulu dirawat sebelum dibuang ke mana-mana pengairan daratan seperti parit, sungai atau tasik. Mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM 1,000 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan. Seksyen 25 (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; Pindaan 1997. Berdasarkan kepada tahap pembuangan effluen perindustrian yang diramalkan akan bertambah pada masa beberapa tahun yang akan datang dan kesedaran dalam membantu masyarakat untuk bersama-sama menjaga alam sekitar, kami, ENVI CARE ENTERPRISE telah sebulat suara untuk menubuhkan satu perniagaan yang memberikan khidmat rundingcara dalam Rawatan Effluen Perindustrian khusunya dalam Piawai A. Penglibatan kami dalam perniagaan ini juga adalah sebagai satu usaha untuk membantu mempertingkatkan pembangunan negara dan sekaligus merealisasikan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi. Insya-Allah perniagaan yang kami usahakan ini pasti berkembang seiring dengan pesaing-pesaing kami di samping mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk melahirkan ramai golongan bumiputera dalam bidang perniagaan.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Mohamed Lasin, Mohamed Huzaifah96807100
Ahmad, Muhd Dzarif Taqiyuddin96847650
Noor Mohamad, Nor Safrizan96531316
Abd Kadir, Mohd Azli96704122
Jonet, Amri Hasmi96802466
Contributors:
ContributionNameID Num. / Email
Thesis advisorShariff, ZaitonUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Accountancy
Item ID: 40355
Uncontrolled Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40355

Download

[img] Text
40355.pdf

Download (964kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries
  • ID Number

    40355

    Others


    View in Google Scholar

    Actions (login required)

    View Item View Item

    Downloads

    Downloads per month over past year