Penerangan tentang penggunaan tulisan Cina berasaskan prinsip-prinsip Liu Shu dalam buku teks Mandarin / Hoe Foo Terng

Hoe, Foo Terng (2008) Penerangan tentang penggunaan tulisan Cina berasaskan prinsip-prinsip Liu Shu dalam buku teks Mandarin / Hoe Foo Terng.

Abstract

Setiap pelajar yang mengikuti program ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwajibkan mengambil satu kursus bahasa asing.
Pelajar perlu lulus semua tahap dalam kursus bahasa asing yang diambiloleh mereka, iaitu dari tahap satu hingga tahap tiga untuk menamatkan
pengajian. Bagi pelajar bumiputera yang mempelajari bahasa Mandarin tahap 3 di UiTM, mereka perlu mempelajari sebanyak 20 frasa tulisan Cina
(50 perkataan). Pelajar-pelajar ini menghadapi kesukaran untuk mengecam tulisan-tulisan Cina kerana bagi mereka setiap tulisan Cina itu mempunyai bentuk yang hampir sama Oleh itu, penerangan tentang prinsip-prinsip pembentukan tulisan Cina Liu Shu kepada para pelajar penting untuk membantu mereka dalam mengecam pelbagai bentuk tulisan Cina, dan seterusnya memupuk minat mereka dalam mempelajari bahasa Mandarin. Kebanyakan pelajar didapati lebih berminat dengan tulisan-tulisan Cina yang dibentuk melalui prinsip-prinsip Xiangxing, Zhishi, dan Huiyi. Ini adalah kerana ketiga-tiga prinsip pembentukan tulisan tersebut mempunyai satu ciri yang sama, iaitu mempunyai elemen gambar. Dengan elemen gambar ini, pelajar dapat menghayati keunikan dan kecantikan tulisan Cina di samping mengenali adat resam dan budaya masyarakat Cina pada zaman tulisan itu
dibentuk.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hoe, Foo Terng
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4032
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 4032.pdf] Text
4032.pdf

Download (519kB)

ID Number

4032

Indexing

Statistic

Statistic details