Kiddy's World: produk Permainan dan Hiburan Berilmiah Untuk Kanak-Kanak / Yusnaliza Md Yusop … [et al.]

Md Yusop, Yusnaliza and Abdul Razak, Roziah and Mansor, Maziyah and Sau Hamid, Noor Sharulniza (1998) Kiddy's World: produk Permainan dan Hiburan Berilmiah Untuk Kanak-Kanak / Yusnaliza Md Yusop … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menetapkan rezeki setiap hambanya di muka bumi ini. Walaupun begitu, manusia seharusnya berusaha mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah. Sembilan daripada sepuluh rezeki itu datangnya dari bidang perniagaan. Jesteru itu, kami telah nekad dan bersatu hati untuk mengusahakan perniagaan produk permainan dan hiburan berilmiah untuk kanak-kanak. Sememangnya bidang keusahawanan menuntut sifat ketabahan, kegigihan,keberanian, waja diri dan jati diri untuk menempa kegemilangan. Selain daripada semangat jitu, sifat kreatif, prihatin dan produktif harus sebati dalam diri pengusaha. Namun dalam mengejar kejayaan dan kekayaan, pengusaha tetap terikat dengan landasan yang hakiki seperti dituntut oleh syariah tanpa mengabaikan keadilan manusia sejagat.

KIDDY'S WORLD ditubuhkan kerana kami mendapati perusahaan ini masih belum diterokai sepenuhnya oleh golongan bumiputera terutamanya di Negeri Sembilan. Perusahaan ini berdaya maju dan mempunyai prospek serta potensi yang luas pada masa hadapan. Memandangkan ibu-bapa dewasa ini mementingkan barang permainan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan. Berteraskan keyakinan ini kami berusaha memenuhi keperluan masyarakat yang datangnya daripada pelbagai status bagi membentuk generasi muda yang kreatifdan inovatif Syarikat ini bertanggungjawab memasarkan produk permainan dan bahan hiburan berilmiah untuk kanak-kanak merangkumi pelbagai permainan. Kami juga memberi perkhidmatan hiburan yang mendidik kepada kanak-kanak. Secara kolektifnya, kami yakin akan memperolehi keuntungan berdasarkan kepada faktor-faktor di atas. Dengan adanya inisiatif dan inovasi yang terkini dalam konteks rancangan, syarikat perkongsian kami mampu menambat dan memikat hati pelanggan. Sasaran pasaran kami bukan sahaja meliputi bandar Seremban di Negeri Sembilan, tetapi sekiranya diizinkan Allah, ia bakal meliputi keseluruhan Malaysia. Insya-Allah.
Semoga segala usaha kami akan diberkati dan diredhai oleh Allah, Tuhan Yang Esa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 40306.pdf]
Text
40306.pdf
Download (698kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics