Marwilis Publisher and Distributor Sdn. Bhd. / Irwan Adnan ... [et al.]

Adnan, Irwan and Abdul Ghani, Noraini and Mohd Shuib, Hana Kartini and Mat Said, Amezan and Misrun, Aidayu (1996) Marwilis Publisher and Distributor Sdn. Bhd. / Irwan Adnan ... [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Marwilis Publisher And Distributor Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat perniagaan yang menerbitkan buku berbentuk ilmiah dan bukan ilmiah. Berpusat di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, ia adalah hasil usaha lima tenaga pemegang saham yang ingin merealisasikan seruan kerajaan untuk menambah bilangan bumiputera dalam sektor perniagaan. Bersumberkan modal dibenarkan sebanyak RM 500,000 hasil sumbangan setiap pemegang saham dengan pinjaman daripada Bank Bumiputera Malaysia Berhad sebanyak RM 100,000. Marwilis Publisher And Distributor Sdn. Bhd. Beribupejabat Di Tingkat 3, Fasa 2, Kompleks PKNS 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan Bertujuan untuk membantu kerajaan dalam usaha membudayakan ilmu
pengetahuan, Marwilis Publisher And Distributor Sdn. Bhd. berpegang kepada konsep ‘ilmu berasaskan keimanan’. Hasil penerbitan pelbagai jenis buku, dari ilmiah ke kisah-kisah lagenda, kami berharap ia dapat menarik minat semua lapisan masyarakat untuk membaca.
Dengan motto Pembudayaan Ilmu Perintis Paradigma. kami yakin bahawa ketinggian ilmu akan dapat melahirkan insan-insan yang bakal menjadi pencetus kepada satu era baru abad ke-21. Penerokaan ilmu bukan sahaja akan menaikkan taraf seseorang individu itu malahan akan meningkatkan keimanan dalam mensyukuri nikmat Tuhan. Bagi mencapai objektif dan matlamat syarikat, pengurusan syarikat telah dibahagi kepada lima bidang pengkhususan iaitu Pengarah Urusan, Pengurus Pemasaran, Pengurus Operasi, Pengurus Pentadbiran dan Pengurus Kewangan. Atas persetujuan pemegang-pemegang saham, bidang-bidang pengkhususan tersebut telah dipertanggungjawabkan ke atas pemegang-pemegang saham mengikut kemahiran dan pengalaman masing-masing.
Pengarah Urusan bertanggungjawab mentadbir secara keseluruhan urusan perniagaan disamping membuat keputusan serta menjalin perhubungan dengan pelbagai pihak luar. Pengurus Pemasaran merancang strategi-strategi pemasaran dan mengkaji kedudukan syarikat antara pesaing-pesaing. Antara tanggungjawab Pengurus Operasi adalah memastikan kuantiti dan kualiti pengeluaran memenuhi kehendak pelanggan. Pengurus Pentadbiran pula mentadbir
hal ehwal syarikat serta memastikan tenaga pekerja mencukupi. Urusan pengeluaran wang masuk dan keluar syarikat serta menentukan kestabilan kedudukan kewangan syarikat adalah atas tanggungjawab Pengurus Kewangan.
Kesimpulannya, Marwilis Publisher And Distributor Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat penerbitan buku yang mempunyai potensi untuk berkembang maju dan bersaing di pasaran tempatan. Malahan, sekiranya kedudukan syarikat semakin mantap, matlamat untuk menembusi pasaranantarabangsa (Indonesia dan Singapura khususnya) akan cuba direalisasikan. InsyaAllah.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Adnan, Irwan
93828170
Abdul Ghani, Noraini
93858831
Mohd Shuib, Hana Kartini
93764517
Mat Said, Amezan
93817290
Misrun, Aidayu
93803955
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Baba, Hanim Norza
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Accountancy
Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development
Date: 1996
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40303
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 40303.pdf] Text
40303.pdf

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

40303

Indexing

Statistic

Statistic details