C.A.D Design Graphic Communication / Fifi Erma Mariam Jamari … [et al.]

Jamari, Fifi Erma Mariam and Kasim, Rositah and Harun, Mohd Samsul and Jamil, Syreena and Saali, Hisamuddin (1999) C.A.D Design Graphic Communication / Fifi Erma Mariam Jamari … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Kemajuan sistem teknologi maklumat dan kecanggihan ciptaan-ciptaan komputer pada masa kini telah mempengaruhi bidang seni rekaan grafik. Dengan adanya sistem-sistem software yang terkini membolehkan berbagai bentuk rekaan grafik yang lebih menarik dapat dihasilkan.
Keupayaan komputer dalam bidang ini telah menarik minat berbagai pihak samada di pejabat, sekolah mahupun untuk kegunaan individu. Memandangkan beban tugas dan tanggung jawab yang semakin bertambah dan kesuntukkan masa, banyak pihak terutamanya sector awam, swasta dan pelajar terpaksa mencari altematif lain bagi memenuhi kehendak dan keperluan bidang tugas mereka yang memerlukan penggunaan seni rekaan grafik kepada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu.
Menyedari hakikat bahawa kekurangan syarikat-syarikat Bumiputera yang menawarkan perkhidmatan seumpama itu sedangkan permintaan yang semakin bertambah, kami telah mengambil peluang ini untuk menceburkan diri dalam perniagaan yang khusus menawarkan perkhidmatan merekabentuk grafik secara berkomputer untuk logo, pamplet, pembungkusan, multimedia, kalendar, bena, kad perniagaan, kad jemputan, laporan tahunan dan papan tanda iklan. Kami bercadang untuk menjadikan bandar Melaka sebagai Kawasan operasi bagi perniagaan kami memandangkan kawasan ini semakin berkembang maju dengan kemunculan banyak syarikat-syarikat baru terutamanya syarikat Bumiputera serta sektor kerajaan dan swasta menjadi sasaran pasaran kami. Perniagaan yang berbentuk perkongsian ini disertai oleh 5 orang ahli rakan kongsi yang sama-sama memberikan sumbangan modal sebanyak RM 20 000 setiap seorang tanpa disokong oleh bantuan pinjaman daripada bank. Dengan modal permulaan sebanyak RM 100 000 inilah kami mempertaruhkan masa depan kami dalam bidang perniagaan yang dijangka akan dapat memberi pulangan yang besar dan menguntungkan ini.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamari, Fifi Erma Mariam
96296139
Kasim, Rositah
96189090
Harun, Mohd Samsul
96129023
Jamil, Syreena
96446118
Saali, Hisamuddin
95188612
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Bujang, Jamaludin
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Business and Management
Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40284
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 40284.pdf] Text
40284.pdf

Download (202kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries

ID Number

40284

Indexing