Saji Idaman Enterprise / Erwaty Sumari … [et al.]

Sumari, Erwaty and Ismail, Adik Salawati and Abd Rashid, Fasihatul Husna and Tajuddin, Azean Ismarau and Mohd Noor, Hairul Anuar and Abd Rashied, Ahmad Ramadhan (1997) Saji Idaman Enterprise / Erwaty Sumari … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Produk segera ini sudah mula mendapat tempat di kalangan masyarakat maju yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa. Di dalam kehidupan wanita yang menjalankan 2 tugas serentak iaitu kerjaya dan rumahtangga, masa adalah amat penting. Kerisik segera keluaran kami ini mampu memudahkan kerja-kerja penyediaan makanan. Ini kerana penyediaan ini hanya memerlukan persiapan yang minimum sahaja disamping dapat menambahkan lagi kelazatan makanan. Tambahan pula, kerisik keluaran kami ini mengandungi campuran asli yang mudah diperolehi. Pemprosesan kerisik ini juga tidaklah terlalu sukar dan penyediaannya adalah ringkas dan cepat. Menurut penyelidikan yang telah dijalankan, kami mendapati bahawa kebanyakan pengguna amat memerlukan produk berbentuk segera. Di samping itu, harga yang ditawarkan amatlah berpatutan. Ini menyebabkan terdapat permintaan dan penawaran yang seimbang. Oleh itu diharapkan perniagaan Saji Idaman ini akan turut menerima keuntungan yang setimpal, sejajar dengan usaha kami untuk mendapat tempat di pasaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 40282.pdf]
Text
40282.pdf
Download (915kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics