Keperluan maklumat di kalangan pengurus perniagaan: satu kajian di kawasan Selangor / Zahari Mohd Amin

Mohd Amin, Zahari (1999) Keperluan maklumat di kalangan pengurus perniagaan: satu kajian di kawasan Selangor / Zahari Mohd Amin. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah antara lain untuk melihat keperluan pengurus perniagaan kepada maklumat terutamanya maklumat yang berkaitan dengan perniagaan. Keperluan maklumat dilihat dengan merujuk kepada jenis maklumat, bentuk maklumat dan sumber maklumat yang digunakan oleh pengurus perniagaan. Pengkajian dilakukan dengan melihat kepada kepentingan dan kekdrapan penggunaannya. Sebanyak 40 perniagaan dipilih secara rawak daripada Malaysian Business Directory untuk dijadikan sampel darpada jumlah keseluruhan populasi sebanyak 403 buah perniagaan. Kaedah yang digunakan dalam pengumpulan data ialah dengan menggunakan borang soalselidik. Daripada tindakbalas yang diperolehi hanya 28 responden yang memulangkan borang soalselidik. Penemuan-penemuan yang diperolehi pula ialah tentang profil demografi pengurus perniagaan, bidang maklumat dan bentuk maklumat yang sering digunakan serta sumber maklumat utama mereka. Persoalan lain yang dibuat ialah tentang penggunaan teknologi maklumat serta kekerapan penggunaannya. Daripada penemuan, secara keseluruhan pengurus menganggap maklumat itu penting tetapi sumber-sumber maklumat mereka adalah terhad. Ini dapat dilihat pada kadar dapatan yang rendah dalam mencari maklumat di perpustakaan. Cadangan-cadangan yang dibuat ialah seperti meningkatkan perkhidmatan maklumat kepada golongan ini serta menambahkan koleksi bahan-bahan yang berkaitan dengan perniagaan di perpustakaan/ pusat maklumat. Disamping itu promosi kepada perkhidmatan maklumat hendaklah dipertingkatkan untuk membolehkan pengurus perniagaan dapat mengenalpasti perkhidmatan maklumat yang bersesuaian dengan keperluan maklumat mereka.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Amin, Zahari
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abdullah, Szarina
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Information organization
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management
Programme: Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Kepujian)
Keywords: maklumat, pengurusan, perniagaan
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40268
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 40268.pdf] Text
40268.pdf

Download (168kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

40268

Indexing

Statistic

Statistic details