Lights Decor Enterprise / Maslinda Mat Rodzi … [et al.]

Mat Rodzi, Maslinda and Senin, Sharmela and Abu Samah, Syarul Essam and Ismail, Nor Haniza and Musleh, Yanty Ida Yu and Ahmad, Asnida Azlini (1999) Lights Decor Enterprise / Maslinda Mat Rodzi … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Lights Decor Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan penjualan dan pemasangan pelbagai jenis lampu. Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera sebagai menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad dalam meningkatkan penglibatan Bumiputera di dalam sektor perniagaan. Lampu merupakan sebahagian daripada keperluan asas dalam kehidupan serba moden ini dan sesungguhnya perniagaan lampu mempunyai potensi yang baik untuk berkembang maju. Oleh sebab itulah kami memilih untuk menjalankan perniagaan ini.
Selain daripada itu, kestabilan ekonomi dan politik di negara ini serta taraf hidup penduduk yang kian meningkat akan mewujudkan permintaan yang memberangsangkan terhadap pelbagai jenis lampu. Kami berkeyakinan bahawa dengan perancangan yang teratur dan usaha yang gigih, perniagaan penjualan dan pemasangan pelbagai jenis lampu ini akan mendatangkan hasil yang lumayan. Peluang keemasan ini tidak akan kami persiakan bagi membuktikan keupayaan kami dalam menyediakan satu bentuk keperluan yang lazimnya dimonopoli oleh kaum bukan Bumiputera.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 40218.pdf]
Text
40218.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics