Tinjauan awal senarai pokok (Burseraceae & Dipterocarpaceae) di Hutan UiTM Pahang / Nik Hazlan Nik Hashim … [et al.]

Nik Hashim, Nik Hazlan and Kamarudin, Norashikin and Kusin, Mazlin and Zakaria, Shaikh Abdul Karim Yamani and Zainol, Khairilanuar and Rosli, Mohamad Aksso and Mustafha, Nazrie and Ab Ghani, Muslim (2013) Tinjauan awal senarai pokok (Burseraceae & Dipterocarpaceae) di Hutan UiTM Pahang / Nik Hazlan Nik Hashim … [et al.]. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2013, 28-29 Oktober 2013, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang, Malaysia.
Abstract

Sejumlah 46 spesies pokok daripada famili Burseraceae dan Dipterocarpaceae telah dikutip dan dicamkan
sepanjang persampelan yang dilakukan dari bulan Februari 2012 hingga April 2013 di Hutan Pembelajaran
UiTM Pahang. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti jumlah spesies dari famili Burseraceae dan
Dipterocarpaceae yang wujud di Hutan Pembelajaran UiTM. Hasil mendapati famili Burseraceae
mencatatkan 19 spesies manakala famili Dipterocarpaceae 27 spesies. daripada jumlah tersebut famili
Burseraceae dan Dipterocarpaceae mewakili 47.5% dan 17% daripada jumlah keseluruhan spesies yang
wujud di Semenanjung Malaysia. Hanya dua spesies endemik di Semenanjung Malaysia telah dikenalpasti
hadir dalam kajian ini dan sebanyak 37 spesies pokok telah disenaraikan dalam senarai pemuliharaan IUCN
Red list Categories 2013 oleh World Conservation Monitoring Centre (WCMC).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 39913.PDF]
Text
39913.PDF
Download (4MB)
Indexing & Metrics