Keperluan maklumat di kalangan usahawan bumiputera Industri Kecil dan Sederhana (IKS): satu tinjauan di kawasan Selangor / Ahmad Soufiean Othman

Othman, Ahmad Soufiean (1999) Keperluan maklumat di kalangan usahawan bumiputera Industri Kecil dan Sederhana (IKS): satu tinjauan di kawasan Selangor / Ahmad Soufiean Othman. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Industri kecil dan sederhana (IKS) merupakan sebarang syarikat pembuatan yang mempunyai modal kurang daripada RM 500,000. Kebanyakan industri IKS terlibat dalam ekonomi bukan pertanian yang mengeluarkan barangan akhir. Penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti keperluan maklumat di kalangan usahawan IKS. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengetahui bidang maklumat, bentuk maklumat, sumber maklumat dan tahap kepentingan maklumat kepada usahawan IKS. Disamping itujuga kekerapan penggunaan dan pengaksesan maklumat turut dikaji. Penyelidikan ini tertumpu kepada usahawan IKS bumiputera di kawasan Selangor Darul Ehsan dengan menggunakan kaedah tinjauan secara borang soal selidik yang dihantar melalui pos kepada responden yang dipilih secara rawak mudah. Daripada 1593 jumlah populasi yang diambil daripada Direktori Usahawan Negeri Selangor 1996/97 sebanyak 110 orang usahawan telah dipilih sebagai responden penyelidikan. Setelah penganalisaan data dibuat didapati bahawa maklumat data numerik dalam negara merupakan maklumat yang paling kerap digunakan manakala bentuk maklumat mendapat kekerapan penggunaan yang tertinggi adalah suratkhabar. Disamping itu usahawan banyak bergantung kepada sumber maklumat seperti media cetak dan elektronik serta internet dan rakan seperniagaan sebagai sumber maklumat utama.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 39789.pdf]
Text
39789.pdf
Download (123kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics