Ciri-ciri bahan rujukan dalam tesis kejuruteraan elektrik: satu kajian bibliometrik / Azree Ahmad

Ahmad, Azree (1999) Ciri-ciri bahan rujukan dalam tesis kejuruteraan elektrik: satu kajian bibliometrik / Azree Ahmad. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Satu penyelidikan menggunakan kaedah bibliometrik telah dilakukan ke atas 145 tesis dalam bidang kejuruteraan elektrik, peringkat ijazah sarjana muda (kepujian), Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Tesis-tesis tersebut ditulis dalam tahun 1991 sehingga tahun 1995. Adalah didapati bahawa tesis tersebut mempunyai 1590 rujukan. Analisis ke atas 1590 rujukan ini mendapati, penulis tesis lebih kerap merujuk bahan-bahan ilmiah dari luar negara dengan 87.30 % berbanding 5.28 % rujukan yang diterbitkan di Malaysia. Monograf merupakan format bahan ilmiah yang paling kerap dirujuk dengan 52.33 % rujukan. Tempat penerbitan yang paling kerap dirujuk ialah United States dengan 67.67 % rujukan. Usia bahan-bahan ilmiah yang dirujuk di dalam tahun 1991, 1992, 1993, dan 1995 adalah terkini, iaitu mempunyai lebih daripada 42 % rujukan ke atas bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan di antara 0 hingga 5 tahun. Usia bahan-bahan ilmiah yang dirujuk di dalam tahun 1994 adalah agak terkini, iaitu mempunyai hanya 39.52 % rujukan ke atas bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan di antara 0 hingga 5 tahun. Bahasa lnggeris pula merupakan bahasa yang paling kerap dirujuk oleh penulis tesis dengan 92.58 % rujukan. Sebanyak 7.42 % rujukan tidak dapat dikenalpasti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 39788.pdf]
Text
39788.pdf
Download (133kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics