Srigamat Enterprise / Arbainah Ramlan…[et al.]

Ramlan, Arbainah and Taib, Nor Rahah and Ab Razak, Rozana and Mohd Salleh, Sufia and Baharuddin, Zarina (1999) Srigamat Enterprise / Arbainah Ramlan…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Syarikat kami adalah sebuah syarikat yang secara tidak langsung menjalankan usahasama dengan Kerajaan negeri Perak dalam memelihara dan membiak gamat. Gamat atau sea cucumber adalah sejenis hidupan laut yang amat berkesan dalam perubatan tradisional. Namun kini masyarakat sudah dapat menikmati kebaikan gamat melalui proses saintifik dan berteknologi tinggi tanpa mengurangkan kebaikannya. Penggunaan gamat sebagai bahan kecantikan di kalangan wanita-wanita sejak zaman lagenda Mahsuri lagi telah terbukti keberkesanannya. Di kalangan ibu-ibu yang bersalin air gamat diminum untuk penyembuhan luka dalaman dengan cepat. Ini kerana gamat dapat merangsang selsel pertumbuhan kulit dengan cepat. Menurut Prof. Madya Dr. Hassan Yaacob yang bertugas di Jabatan Farmakologi
Perubatan, Universiti Malaya iaitu orang yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan keatas khasiat-khasiat gamat, spesis gamat Stichpus SP1 adalah jenis yang terbaik dan bermutu
tinggi serta berwama emas kuning-kekuningan. lanya sudah pupus di Pulau Langkawi dan boleh diperolehi di Pulau Siam. Gamat mengandungi jumlah protein, kolagen dan serabut elastin yang tinggi. Kolagen iaitu sejenis protein akan mengeluarkan lendir dan apabila didedahkan kepada cahaya matahari akan menjadi gel. Gamat tidak mengandungi bahan-bahan logam seperti plumbum dan raksa.
Kajian yang beliau jalankan hampir lapan tahun membuktikan bahawa gamat adalah nature gift dan cuma perlu dieksploitasikan kegunaannya tetapi secara terkawal. Gamat mengandungi bahan-bahan lain seperti magnesium, zink, kuprum dan lain-lain lagi yang diperlukan untuk merangsang pertumbuhan dan metabolisma badan. la tidak mempunyai kesan sampingan dan
kesan toksid serta penggunaannya adalah lapan kali lebih selamat daripada penggunaan ubatubatan lain,Malah ia berfungsi lebih dua kali ganda lebih kuat daripada ubat-ubat penahan sakit seperti aspirin, paracetamol (panadol), morfin dan lain-lain lagi yang mempunyai kesan
sampingan yang tertentu. Penggunaan gamat berulang kali tidak akan menyebabkan rasa mengantuk atau ketagihan.
Produk yang kami keluarkan ini adalah dikawal pemprosesannya dengan kawalan kualiti dan mutu yang amat ketat dan diproses menggunakan teknologi terkini dan secara saintifik bagi mengekalkan keaslian serta kebaikan gamat tanpa sebarang bahan pengawet. Kami memilih perusahaan Jeli dan Krim gamat ini kerana kami yakin bahawa produk ini mampu menjadi sebuah perniagaan yang berdaya maju dan berpotensi tinggi serta mampu bersaing dengan produk-produk ternama yang telah sedia ada dalam pasaran. Produk kami ini juga mampu menarik minat para pelanggan yang amat mementingkan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan sumber dari alam semulajadi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 39402.pdf]
Text
39402.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics