MEGACOM Enterprise / Khairin Nur Khalid… [et al.]

Khalid, Khairin Nur and Hassan, Shahrizan and Mohd Ali, Arif Adzwan and Mohamad Anip, Mohd Ismail and Abdullah, Muhammad Ikhwan (1999) MEGACOM Enterprise / Khairin Nur Khalid… [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang mencabar. Ia memerlukan ketabahan, kerajinan dan usaha yang berterusan sebelum mencapai matlamat yang diinginkan.Selain usaha, keyakinan terhadap Allah S.W.T. juga penting bagi menjamin kejayaan seseorang itu. Kami barisan pemuda yang bersedia menyahut sebarang cabaran telah bersatu hati untuk menubuhkan sebuah perusahaan yang diberi nama MEGACOM Enterprise.
MEGACOM Enterprise merupakan syarikat perkongsian yang terdiri daripada lima rakan kongsi. Ia merupakan perniagaan yang menjual komponen- komponen komputer dan menyediakan perkhidmatan servis komputer kepada para pelanggan.
Penubuhan syarikat ini adalah hasil daripada kekurangan pengusaha bumiputera yang menceburi bidang ini. Tambahan pula perusahaan ini menyediakan peluang yang begitu luas untuk diceburi.
Justeru itu kami begitu yakin bahawa perusahaan ini mempunyai potensi yang cerah serta mendatangkan pulangan yang agak baik. Oleh itu, kami telah mengkaji serta mengatur beberapa strategi bagi membolehkan kami mencapai matlamat tersebut. Kami telah memilih lokasi yang startegik iaitu di: No. 19, Jalan Penggawa U1I74, Taman Perindustrian Batu Tiga, 41050 Shah Alam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 38843.pdf]
Text
38843.pdf
Download (851kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics