Perkembangan kaedah analisis hidrokarbon aromatik polisiklik dalam air di kawasan industri Negeri Sembilan / Siti Norhafiza Mohd Khazaai

Mohd Khazaai, Siti Norhafiza (2011) Perkembangan kaedah analisis hidrokarbon aromatik polisiklik dalam air di kawasan industri Negeri Sembilan / Siti Norhafiza Mohd Khazaai. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2011, 6-7 Disember 2011, Universiti Teknologi MARA Pahang.

Abstract

Perkembangan kaedah analisis hidrokarbon aromatik polisiklik (Polyaromatic hydrocarbon, PAH) dalam matrik air di kawasan perindustrian telah berjaya dijalankan. Dalam kajian ini, kaedah pengekstrakan yang digunakan bagi matrik air telah dipilih iaitu pengestrakanfasa pepejal. Menerusi kajian sampel pakuan, didapati nilai peratus dapatan semula bagi matrik air adalah dalam julat 85.8 - 95.3%. Peratusan ini menunjukkan kaedah ini adalah baik. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kromatografi gas dengan pengesan pengionan nyala (GC-FID) dengan nilai lengkungan kalibrasi adalah 0.9540 - 0.9981. Kajian yang dijalankan ke atas matrik air terhadap kepekatan sebatian PAH memberikan julat bacaan di antara 0.016 ug/L - 0.031 ug/L. Secara pemerhatian, kawasan yang mengalami taburan sebatian PAH yang bergelang tiga dan empat adalah dari sumber petrogenik dan juga pirogenik yang diperolehi daripada aktiviti manusia atau pun antropogenik di kawasan sekitar. Walau bagaimanapun, tahap pencemar komposisi PAH secara individu dalam matrik air masih di tahap yang tidak membahayakan berdasarkan Interim Water Quality Standards (INWQS).

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Khazaai, Siti Norhafiza
ctnorhafiza@pahang.uitm.edu.my
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Environmental pollution
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Qualities of water. Water quality
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Qualities of water. Water quality > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2011
Event Dates: 6-7 Disember 2011
Page Range: pp. 168-176
Keywords: PAH, Matrik air, Pengestrakan fasa pepejal
Date: 2011
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38572
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 38572.PDF] Text
38572.PDF

Download (7MB)

ID Number

38572

Indexing

Statistic

Statistic details