Indah Canopy Sdn. Bhd. /Aziah Mashod…[et al.]

Mashod, Aziah and Bakar, Hafida Anis and Abd.Aziz, Izmawaty Azura and Jamien, Norhaliza and Dahlan, Radhiazmah (1998) Indah Canopy Sdn. Bhd. /Aziah Mashod…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Dewasa ini majlis keramaian telah menjadi satu “trend” bagi masyarakat Malaysia.ini termasuklah majlis perkahwinan, pertunangan, sukaneka, majlis sempena menyambut perayaan, majlis harijadi dan sebagainya.Justeru itu, keperluan terhadap kelengkapan dan peralatan perkhemahan adalah amat diperlukan bagi menjayakan sesuatu majlis tersebut. Antara peralatan yang dimaksudkan ialah khemah,kerusi,meja, PA sistem,kipas dan kelengkapan yang berkaitan dengannya.
Jika dilihat dari segi permintaan yang tinggi dari orang ramai, nyata perniagaan kanopi ini mempunyai potensi yang besar untuk berkembang maju. Memandangkan perniagaan ini di tahap sedang berkembang, maka kami ingin merebut peluang yang ada dan mengambil inisiatif untuk menceburkan diri di dalam perniagaan kanopi ini. Maka dengan itu , kami telah merancang untuk menubuhkan INDAH CANOPY SDN BHD bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat daripada para pelanggan.
INDAH CANOPY SDN BHD menawarkan perkhidmatan sewaan khemah,kerusi, meja,PA sistem, kipas dan kelengkapan yang berkaitan bagi mengadakan majlis-majlis keramaian. Perniagaan yang bakal kami jalankan di No: 15 Jalan Bunga Kemboja 12, Taman Muda, 56100 Cheras, Kuala Lumpur ini adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak penduduk setempat dan sekitamya yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap keperluan tersebut. Hal ini juga adalah disebabkan penduduk setempat dan kawasan perindrustrian terpaksa mendapatkan perkhidmatan kanopi ini di kawasan yang berjauhan dari tempat mereka untuk menjayakan sesuatu majlis. Dengan itu, INDAH CANOPY SDN BHD akan cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi untuk memuaskan kehendak pelanggan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 38446.pdf]
Text
38446.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics