Management Services: Next Step Management Services / An’ Nissa Hanim Azizool Arif...[et al.]

Azizool Arif, An'Nissa Hanim and Abdul Rahim, Mohd Azrul Razman and Nasharuddin, Siti Zaroha and Syed Hashim Al-Khred, Sh. Zannurain and Muhammad Azhar, Salleh (1999) Management Services: Next Step Management Services / An’ Nissa Hanim Azizool Arif...[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Bidang perniagaan yang hendak kami ceburi ini adalah berkaitan dengan perniagaan yang berbentuk perkhidmatan. Perkhidmatan kami diberi nama Next Step Management Services. Perniagaan ini akan beroperasi di Lot 107, Tingkat 1, Kompleks PKNS, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Perniagaan ini didaftarkan pada 30 Oktober 2004 dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2005. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini adalah penyediaan akaun, pengiraan cukai dan khidmat kesetiausahaan bagi pelbagai jenis perniagaan serta individu.
Perniagaan ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan dan kekurangan di dalam perkhidmatan pengurusan perniagaan. Di samping itu, penubuhan syarikat ini juga adalah untuk memenuhi keperluan kerajaan ke arah mewujudkan lebih banyak syarikat Bumiputera dalam bidang profesional.
Kami yakin perniagaan seperti ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada sasaran pasaran kami kerana perkhidmatan pengurusan seperti ini amat diperlukan oleh perniagaan serta individu. Sejajar dengan itu adalah menjadi harapan kami agar perkhidmatan pengurusan ini akan dapat membantu perniagaan lain melancarkan opersi perniagaan mereka. la juga akan memudahkan kerja bagi individu – individu tertentu.
Semoga segala usaha kami ini akan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 38278.pdf]
Text
38278.pdf
Download (199kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics