D’cious Ice-Cream Enterprise / Khairol Idzwan Abd Khaiyom…[et al.]

Abd Khaiyom, Khairol Idzwan and Tumari, Nooramiza and Khamis, Aishah and Abd Karim, Wan Siti Radiah and Mohamad, Maznita (1997) D’cious Ice-Cream Enterprise / Khairol Idzwan Abd Khaiyom…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Bidang perniagaan atau dunia keusahawanan merupakan satu kegiatan ekonomi yang amat menguntungkan tetapi memerlukan ketabahan, kegigihan dan kesungguhan dalam menjayakan sesuatu projek atau perniagaan. Selain daripada keyakinan diri dan semangat yang tinggi, seseorang itu haruslah juga kreatif, cepat bertindak terhadap peluang-peluang yang ada, bersemangat, inovatif, berinisiatif dan peka terhadap perkembangan dunia perniagaan yang semakin kompetitif.
Sebagai menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan supaya lebih ramai kaum Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, maka kami telah bersepakat untuk menubuhkan D’cious Icecream Enterprise. D’cious Icecream Enterprise merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti atau jenis perniagaan secara perusahaan atau dalam erti kata yang sebenar syarikat kami menjalankan aktiviti perusahaan aiskrim. Syarikat ini ditubuhkan oleh lima orang rakan kongsi yang berperanan secara langsung dalam menguruskan syarikat ini. Penubuhan syarikat ini adalah ekoran daripada kekurangan penglibatan bumiputera secara komersial dalam bidang perusahaan aiskrim. Berdasarkan tinjauan yang kami lakukan, perusahaan aiskrim secara komersil di Malaysia dimonopoli oleh golongan bukan bumiputera sahaja dan hanya terdapat beberapa buah kilang sahaja yang menjalankan perusahaan ini di setiap negeri. Kami percaya perusahaan ini mempunyai masa depan yang cerah memandangkan kepada permintaan ke atas produk aiskrim adalah tidak terhad kepada peringkat umur yang tertentu sahaja. Semua peringkat umur menggemari produk ini tidak kira tua atau muda.
Perusahaan ini juga mempunyai potensi yang amat besar untuk mengaut keuntungan pada masa akan datang. Lokasi atau tapak kilang kami beralamat di No. 73 Senawang Suria, Semi Industry
Park, Jalan Seremban Tampin, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Kami memilih untuk menjalankan perusahaan kami di sini kerana ianya adalah sasaran pasaran kami. Selain itu, lokasi di kawasan ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang lengkap seperti sistem pengairan, tenaga buruh yang ramai, sistem perhubungan yang baik (jalanraya dan sebagainya) serta kadar sewa tanah yang rendah. Produk (aiskrim) keluaran kami pada dasarnya tidak banyak bezanya daripada syarikat- syarikat aiskrim yang lain tetapi produk kami dijamin tidak mempunyai kandungan yang haram digunakan seperti gelatin haiwan dan bahan perasa serta pewarna yang berlebihan.
Dalam erti kata yang lain, kami mementingkan keaslian tetapi tidak mengenepikan citarasa para pelanggan kami.
Akhir kata, kami semua yakin perniagaan ini dapat menghasilkan keuntungan yang menggalakkan berdasarkan kepada penyelidikan kami dari pelbagai aspek.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Khaiyom, Khairol Idzwan
95576828
Tumari, Nooramiza
95643863
Khamis, Aishah
95660294
Abd Karim, Wan Siti Radiah
95606623
Mohamad, Maznita
95750112
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Baba, Hanim Norza
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Accountancy
Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development
Date: 1997
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38177
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 38177.pdf] Text
38177.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

38177

Indexing

Statistic

Statistic details