Dekorasi Seri Suria / Azira Marini Abd Rahim…[et al.]

Abd Rahim, Azira Marini and Osman Basah, Noraini and Samin, Nurhaslinda and Ibrahim, Rosmaini and Abd Samad, Suhaimi (1989) Dekorasi Seri Suria / Azira Marini Abd Rahim…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Dekorasi Seri Suria adalah merupakan sebuah syarikat perkongsian perniagaan langsir secara komersil yang menawarkan khidmat jualan, menerima tempahan, pemasangan langsir, perundingan atau nasihat, cucian dan penjualan aksesori langsir khususnya. Kami ahli rakan kongsi berminat untuk menceburi perniagaan ini kerana kami yakin terdapat ruang dan peluang untuk kami meneluskan diri di samping kurangnya golongan bumiputera yang menjalankan perniagaan ini secara komersil.
Kami telah memilih kawasan Bandar Baru Ampangan sebagai tapak projek kami memulakan perniagaan iaitu di dalam gedung membeli belah Plaza Ampangan yang mempunyai kedudukan yang strategik dan masa hadapan yang cerah.
Bagi memastikan perniagaan yang akan kami jalankan terus maju, berdaya saing dan terus bertapak kukuh dalam industri ini, kami telah mengamalkan konsep “NCPR” dan “PROSPECTS” bagi kepentingan syarikat dan pelanggan. Kedua-dua konsep ini penting bagi menjamin keharmonian dan panduan kami dalam menjalankan perniagaan ini.
Kami juga mempunyai motto dalam menjayakan perniagaan ini iaitu, “SEIRING BERSAMA KEPUASAN DAN KUALITI”. Motto ini akan sentiasa menjadi pegangan dan rujukan kami sepanjang masa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 37704.pdf]
Text
37704.pdf
Download (251kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics