Sweet Bridal Enterprise / Alina Kansoor…[et al.]

Kansoor, Alina and Ellias, Edoni Farida and Ahamad, Rosidah and Mohd Hatta, Shazreen (1998) Sweet Bridal Enterprise / Alina Kansoor…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

SWEET BRIDAL ENTERPRISE (SBE) merupakan sebuah perniagaan yang menawarkan perkhidmatan jururunding perkahwinan. la merupakan sebuah syarikat perkongsian yang dianggotai oleh empat orang rakan kongsi. Perniagaan ini akan mula beroperasi pada 1 Februari 2000. Premis perniagaan kami terletak di Bangunan Plaza Mahkota yang beralamat No. 165, Plaza Mahkota, Jalan PM 15, 75000, Melaka. Lokasi syarikat kami agak strategik memandangkan ia terletak di kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Sasaran pasaran kami adalah lebih tertumpu di kawasan Melaka Tengah dan juga daerah-daerah yang berdekatan dengan negeri Melaka.
Perkhidmatan yang kami tawarkan ialah jururunding perkahwinan, dimana SWEET BRIDAL ENTERPRISE bertindak sebagai orang tengah bagi menjayakan sesuatu majlis perkahwinan. Selain itu, syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan menyewa pakaian pengantin. Persaingan kami terdiri daripada Jastina Gift & Bridal, Norizah Mak Andam dan Shafirin Enterprise. Dalam menjalankan perniagaan ini, kami telah mengeluarkan modal sebanyak RM 80,000. Ini bermakna setiap ahli kongsi masing-masing menyumbang sebanyak RM 20,000 seorang.

SWEET BRIDAL ENTERPRISE ditadbir oleh seorang Pengurus Besar dan dibantu oleh 3 orang Pengurus lain yang terdiri daripada rakan kongsi syarikat kami sendiri. Perniagaan kami dijangka beroperasi setiap hari bermula dari jam 9.00 a.m. hingga 10.00 p.m. kecuali pada hari kelepasan am.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 37479.pdf]
Text
37479.pdf
Download (567kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics