Kajian gelagat tabungan isi rumah di negeri Melaka / Mohamed Saladin Abdul Rasool , Arifin Md Salleh , Ismadi Ismail , Dr. Nor Ghani Md Nor , Mahadzir Ismail

Abdul Rasool, Mohamed Saladin and Md Salleh, Arifin and Ismail, Ismadi and Md Nor, Nor Ghani and Ismail, Mahadzir (2001) Kajian gelagat tabungan isi rumah di negeri Melaka / Mohamed Saladin Abdul Rasool , Arifin Md Salleh , Ismadi Ismail , Dr. Nor Ghani Md Nor , Mahadzir Ismail. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Kebanyakan teori tabungan dibangunkan dalam terma motif
individu, tetapi di Malaysia sekurang-kurangnya kebanyakan kerja-kerja
empirikal adalah menggunakan data aggregat siri masa. Perkembangan
terkini dalam literatur menunjukkan terdapat peralihan daripada
pendekatan kajian menggunakan data aggregat siri masa kepada
analisis isi rumah. Ini adalah merupakan motivasi disebalik menjalankan
kajian tabungan isi rumah. Ini berasaskan kepada pandangan umum
bahawa data tinjauan isi rumah merupakan maklumat yang paling cepat
untuk kita mengetahui perubahan gelagat tabungan isi rumah yang
bertindak balas kepada sebarang perubahan dalam keadaan ekonomi,
persekitaran dan politik. Analisis tabungan isi rumah bagi tujuan kajian ini
adalah dibentuk berdasarkan maklumat aliran pendapatan. Pada
asasnya, tabungan dirujuk sebagai perbezaan di antara pendapatan isi
rumah dan perbelanjaan, termasuk sewa rumah yang didiami sendiri.
Analisis di kembangkan dengan memasukkan definisi yang luas seperti
pembelian barang tahan lama, pembiayaan pendidikan (pelaburan ke
atas modal manusia) dan perbelanjaan untuk kesihatan. Laporan ini
mempersembahkan analisis yang meluas tentang gelagat tabungan di
kalangan 564 ketua isi rumah di Negeri Melaka. lanya merupakan usaha
pertama melihat gelagat menabung menggunakan data mikro. Data
diperolehi hasil dari tinjauan tingkat pendapatan dan penggunaan isi
rumah yang telah dijalankan pada Mei 2000. Disamping itu data yang
berkaitan dengan pembolehubah sosio ekonomi dan demografi juga
diperolehi. Set data yang diperolehi memberikan peluang untuk mengkaji
beberapa aspek tabungan di peringkat isi rumah. Pertama, menganalisis
probabiliti pilihan produk menggunakan penganggaran model logit
binomial. Kedua, menganalisis motif tabungan. Ketiga mengenal pasti
penentu-penentu fungsi tabungan dikalangan isi rumah menggunakan
penganggaran Kaedah Kuasa Dua Terkecil (OLS) dan Kaedah Kuasa
Terkecil Berpemberat (WLS). Analisis data tabungan negeri Melaka ini
berupaya memberikan beberapa inferen yang tidak diperolehi daripada
data aggregat siri masa. lanya merupakan merit mengkaji data di
peringkat mikro iaitu isi rumah.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rasool, Mohamed Saladin
UNSPECIFIED
Md Salleh, Arifin
UNSPECIFIED
Ismail, Ismadi
UNSPECIFIED
Md Nor, Nor Ghani
UNSPECIFIED
Ismail, Mahadzir
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka
Keywords: Tabungan, Isi Rumah, Melaka
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3709
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_MOHAMED SALADIN ABDUL RASOOL_01_5 1.pdf] Text
LP_MOHAMED SALADIN ABDUL RASOOL_01_5 1.pdf

Download (54kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

3709

Indexing

|

Statistic

Statistic details