Punca masalah sosial dikalangan remaja: Lumba haram di bandaraya Kuching Sebagai tumpuan kajian / Norita Lagang …[et al.]

Lagang, Norita and Suni, Normah and Abd. Rahman, Norhanizan and Lomas, Patricia Priscilla and Singa, Wilfred Balang (2000) Punca masalah sosial dikalangan remaja: Lumba haram di bandaraya Kuching Sebagai tumpuan kajian / Norita Lagang …[et al.]. Diploma thesis, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak.
Abstract

Lumba haram merupakan satu isu yang mungkin tidak ada jalan penyelesaian, Oleh itu kajian ini dibuat untuk mengupas mengenai keterlibatan remaja dalam aktiviti
lumba haram, faktor pendorong, pandangan atau respon daripada masyarakat dan remaja serta langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini.

Lumba haram seolah-olah telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat moden pada masa kini dan ia sukar dibanteras walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak
pihak yang bertanggungjawab. Lumba haram banyak memberi kesan negatif terutamanya kepada remaja yang terlibat.
Dari hasil kajian ini, didapati bahawa aktiviti lumba haram sememangnya semakin mendapat perhatian daripada remaja dan sukar untuk diatasi kerana ia sudah menjadi kebiasaan bagi remaja. Remaja yang terlibat tidak serik untuk mengulangi perbuatan tersebut walaupun pernah ditangkap. Mereka seolah-olah tidak risau akan kesan yang bakal diterima, lebih-lebih lagi tindakan mereka ini akan mempengaruhi masa depan sendiri. Oleh itu komen dan cadangan daripada remaja penting dalam mendapatkan gambaran sebenar supaya aktiviti ini dapat diatasi dengan lebih berkesan..

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 36997.pdf]
Text
36997.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan 2, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics