Penjualan ulam secara komersial: Sri Ulam Enterprise / Afilia Ramdzan Ali…[et al.]

Ramdzan Ali, Afilia and Abdul Aziz, Azlin and Razalli, Selyhazli and Buang, Zawatil Nazirah and Ismail, Junainah and Bachok, Endok Hazilah (1999) Penjualan ulam secara komersial: Sri Ulam Enterprise / Afilia Ramdzan Ali…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Bidang perniagaan yang hendak diceburi adalah perniagaan yang berbentuk pertanian. Peniagaan kami bernama Sri Ulam Enterprise yang akan mula beroperasi pada Januari 2003 dan bertempat di 2787, Jalan Bandar Baru 1, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, 78300 Melaka.
Perniagaan ini bermula daripada kesedaran betapa pentingnya khasiat dan zat makanan yang terkandung dalam ulam dan juga susulan kerajaan iaitu “Kempen Makan Ulam Tempatan”. Sri Ulam Enterprise merupakan syarikat bumiputera dalam bentuk perkongsian, yang terdiri daripada 6 orang ahli kongsi. Bagi melaksanakan pemiagaan ini kami telah memperuntukan modal sebanyak RM 87021.9 di mana setiap ahli kongsi telah menyumbangkan jumlah modal yang sama iaitu RM 14503.65.
Perniagaan kami akan mula beroperasi pada Januari 2003 dan kami yakin ianya berpotensi untuk berkembang maju memandangkan masyarakat malaysia yang semakin menggemari ulam-ulaman sebagai makanan tambahan dan permintaan terhadap ulam-ulaman yang semakin meningkat dari hari ke hari. Semoga segala usaha kami ini akan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 36838.pdf]
Text
36838.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics