Shameera housing plan consultant / Abdul Halim Ahmad

Ahmad, Abdul Halim (1996) Shameera housing plan consultant / Abdul Halim Ahmad. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun menuju wawasan 2020. Jika dilihat pada masa kini, jelas menampakkan kekurangan kaum bumiputera khasnya melayu menceburi bidang keusahawanan ini. Kerajaan sendiri kini sedang menggalakkan satu reformasi dalam bidang keusahawanan yang dipelopori oleh kaum bumiputera khasnya orang melayu. Sebagai menyahut cabaran kerajaan dan memandangkan masih ada lagi kekurangan usahawan Melayu yang berkecimpung di dalam perniagaan ‘Perunding dan Penjualan Pelan Perumahan’, kumpulan kami telah membuat satu kajiselidik bagi membolehkan mana-mana individu bumiputera menggunakan Rancangan Perniagaan ini sebagai garis panduan dan tunjuk ajar.
Perniagaan Sfiameera Mousing (Plan Consultant ini menjadi pilihan kami kerana pada masa kini masyarakat lebih cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru, yang mana ianya berbentuk perkhidmatan yang boleh memuaskan kehendak dan citarasa yang pelbagai. Ini adalah perniagaan berbentuk perkhidmatan yang professional. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat yang kami cadangkan ini ialah memberi khidmat nasihat kepada individu-individu dan kontraktor-kontraktor yang ingin membina rumah.
Kami yakin perniagaan ini mempunyai potensi untuk berkembang kerana ia berkaitan dengan keperluan asas penduduk negara yang semakin ramai. Ini dikuatkan lagi dengan kegagalan kontraktor untuk menyiapkan rumah-rumah dengan sempurna. Kini, kita sering mendengar rungutan pembeli di mana rumah yang mereka beli mendap, retak, bocor dan sebagainya. Dengan adanya perkhidmatan ini pelanggan dapat menjimatkan wang mengikut keperluan mereka. Kami juga yakin perniagaan ini mempunyai potensi untuk berkembang kerana ianya khusus bagi mereka yang berpendapatan sederhana, tinggi atau mereka yang ingin memiliki rumah idaman mereka. Memandangkan masyarakat sekarang sibuk dengan tugas dan aktiviti-aktiviti harian, maka kami rasa dapat membantu dalam menyiapkan rumah-rumah mereka dengan pengawasan dan pengalaman yang ada. Jumlah bayaran adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia. Jadi soal harga perkhidmatan tidak perlu dipersoalkan lagi. Dengan kesemua yang ditawarkan ini kami berkeyakinan syarikat ini mampu berkembang maju disamping membantu kerajaan di dalam soal pembangunan masyarakat dan negara.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Abdul Halim
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Md Mydin, Abdul Hameed
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Service industries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development
Date: 1996
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/36627
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 36627.pdf] Text
36627.pdf

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

36627

Indexing

Statistic

Statistic details