Iklim proses organisasi di Institusi Pendidikan Tinggi MARA / Mumtaz Begam Abdul Kadir, Norzaini Azman and Mohamed Sani Ibrahim

Abdul Kadir, Mumtaz Begam and Azman, Norzaini and Ibrahim, Mohamed Sani (2008) Iklim proses organisasi di Institusi Pendidikan Tinggi MARA / Mumtaz Begam Abdul Kadir, Norzaini Azman and Mohamed Sani Ibrahim. Asian Journal of University Education (AJUE), 4 (2). pp. 101-122. ISSN 1823-7797

Abstract

Iklim organisasi merujuk kepada satu set keadaan dan amalan
warga kerja sesebuah organisasi. Iklim kerja menggambarkan
persepsi warga kerja terhadap persekitaran kerja, kebajikan dan kemampuan pengembangan dan pembangunan pekerja yang
terdapat di dalam organisasi. Iklim kerja ini akan memberi kesan
terhadap prestasi kerja dan hubungan antara individu. Kajian ini
adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti iklim
proses organisasi yang sedia ada di Institusi Pendidikan Tinggi
Mara (IPTMa). Sampel seramai 1580 orang daripada kumpulan
pengurusan, pensyarah dan staf sokongan dari 35 buah IPTMa.
Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan telah
dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Secara keseluruhan
dapatan kajian ini menunjukkan kesemua IPTMa mempunyai iklim
proses organisasi yang menyokong pelaksanaan TQM. Selain itu,
iklim proses organisasi yang telah memperoleh pengiktirafan ISO
iaitu kolej UniKL (ISO) dan IKM(ISO) menyokong pada tahap yang
tinggi berbanding dengan institusi lain. Secara keseluruhan
dapatan kajian ini menunjukkan pelaksanaan TQM merupakan
faktor dominan dalam mempengaruhi iklim proses organisasi. Iklim
proses organisasi yang menyokong akan mewujudkan pekerja yang
produktif tetapi kebergantungan yang tinggi. Keadaan ini
menunjukkan satu petanda yang baik kepada pihak pengurusan
IPTMa kerana iklim jenis ini menunjukkan warga IPTMa adalah
produktif tetapi kurang berdikari. Implikasi kajian ini menunjukkan
pelaksanaan TQM perlu dimantapkan dari semasa ke semasa bagi
meningkatkan iklim proses organisasi.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Kadir, Mumtaz Begam
UNSPECIFIED
Azman, Norzaini
UNSPECIFIED
Ibrahim, Mohamed Sani
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Education
Journal or Publication Title: Asian Journal of University Education (AJUE)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Asian Journal of University Education (AJUE)
ISSN: 1823-7797
Volume: 4
Number: 2
Page Range: pp. 101-122
Keywords: Iklim organisasi, Institut Pendidikan Tinggi MARA (IPTMa)
Date: December 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/359
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_MUMTAZ BEGAM ABDUL KADIR AJUE 08.pdf] Text
AJ_MUMTAZ BEGAM ABDUL KADIR AJUE 08.pdf

Download (235kB)

ID Number

359

Indexing

|

Statistic

Statistic details