Wakaf sebagai alternatif pebiayaan pendidikan tinggi / Mohd. Ali Muhamad Don

Muhamad Don, Mohd. Ali (2015) Wakaf sebagai alternatif pebiayaan pendidikan tinggi / Mohd. Ali Muhamad Don. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Download

[thumbnail of 35782.pdf] Text
35782.pdf

Download (380kB)

Abstract

Peranan wakaf dalam menyediakan prasarana dan kemudahan pendidikan tinggi sudah terbukti dengan tertubuhnya Universiti Nizamiyyah di Baghdad, Universiti Qurawiyun di Tunisia, dan Universiti al-Azhar di Mesir. Malah di Malaysia institusi pendidikan Islam seperti pondok, madrasah, maa’had dan kolej juga didirikan di atas tanah wakaf. Namun dengan perkembangan semasa wakaf tanah untuk institusi pendidikan sahaja tidak lagi relevan dan wajar diperluaskan. Malah sudah ada golongan ibu bapa yang seolah-olah menjerit memohon simpati bagi membantu membiayai kos pengajian anak-anak mereka. Justeru kajian ini ingin mengenal pasti kaedah pembiayaan pendidikan tinggi berasaskan wakaf yang sudah dilaksanakan oleh beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi sebagai model untuk dicontohi. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual untuk mendapatkan data yang diperlukan. Dapatan kajian jelas menunjukkan betapa peranan wakaf untuk pembiayaan pendidikan tinggi berupaya meringankan bebanan pendidikan terutama oleh golongan yang kurang berkemampuan. Justeru kejayaan pelaksanaannya wajar dicontohi demi menyemarakkan lagi sunah berwakaf di kalangan Muslimin. Kata kunci; Wakaf, Wakaf Pendidikan Tinggi, Wakaf Universiti, Biasiswa

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Muhamad Don, Mohd. Ali
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 661-671
Item ID: 35782
Uncontrolled Keywords: ilmu; pemikiran; wakaf
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35782

ID Number

35782

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item