Analisis kandungan rupa bentuk fesyen pakaian Melayu di Malaysia / Hasma Ahmad...[et al.]

Ahmad, Hasma and Md Zain, D’Zul Haimi and Mohd Tajuddin, Rosita and Mohamad Ba’ai, Nazirah (2015) Analisis kandungan rupa bentuk fesyen pakaian Melayu di Malaysia / Hasma Ahmad...[et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Abstract

Pakaian Melayu adalah salah satu objek budaya yang merupakan 'rekabentuk' baru Melayu terhadap identiti dan budaya. Penampilan ini atau identiti menandakan unsur simbolik atau semiotik dalam pakaian yang menunjukkan asal-usul pemakainya dengan membawa maksud tersirat yang menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan budaya serta nilai-nilai murni masyarakat Melayu. Pakaian tradisional Melayu seringkali menjadi topik utama dalam kajian merangkumi aspek sejarah dan perkembangannya, rekabentuk, fungsi dan pembuatannya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa dan mengulas kandungan penyelidikan yang telah dijalankan bagi mengetahui apa yang perlu diketahui bagi merungkai kekurangan dan persoalan merujuk kepada faktor-faktor dan kesinambungan interpretasi tafsiran makna dalam penampilan rupabentuk fesyen pakaian Melayu melalui nilai-nilai budaya dalam gaya dan fesyen pakaian wanita Melayu di Semenanjung Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisa, mengulas dan melaporkan penulisan penyelidikan yang diterbitkan dalam persekitaran sains sosial dan berhubungkait dalam bidang fesyen pakaian Melayu. Mekanisme kajian ini menggunakan kaedah analisa kandungan (content analysis) terhadap penulisan kajian yang berkaitan nilai-nilai murni, perkembangan budaya, kajian yang melibatkan seni warisan Melayu dan perubahan dalam masyarakat orang-orang Melayu Malaysia yang memfokuskan kepada kepada kata kunci atau tema yang berkaitan. Dapatan kajian ini melaporkan mengenai isu penyelidikan berkaitan perubahan dan perkembangan budaya dan nilai-nilai murni orang-orang Melayu yang merangkumi bidang kesusasteraan, kepimpinan, seni tradisi yang menyumbang kepada nilai-nilai dalaman (intrinsic) fesyen pakaian Melayu di Malaysia yang memerlukan tafsiran maksud tersirat yang lebih jelas bagi melengkapi makna sebenar berlakunya perubahan dalam fesyen pakaian Melayu di Malaysia. Analisa ini membantu memperlihatkan signifikasi dan mencadangkan lebih banyak isu berkaitan kebudayaan, seni tradisi atau perubahan sosial orang-orang Melayu untuk tujuan pengajian, pendidikan dan penyelidikan lanjutan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Hasma
hasma_ahmad@yahoo.com
Md Zain, D’Zul Haimi
dzul@salam.uitm.edu.my
Mohd Tajuddin, Rosita
rositatajuddin@salam.uitm.edu.my
Mohamad Ba’ai, Nazirah
nazirahbaai@gmail.com
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to special classes
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 636-647
Keywords: Analisis kandungan, fesyen pakaian Melayu, Malaysia
Date: May 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35776
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35776.pdf] Text
35776.pdf

Download (361kB)

ID Number

35776

Indexing

Statistic

Statistic details