Penggunaan bahasa slanga dalam aplikasi IM (Instant Messaging) WhatsApp: kajian di kalangan pelajar UiTM / Siti Nasarah Ismail...[et al.]

Ismail, Siti Nasarah and Abd Latiff, Dzaa Imma and Ab Ghani, Siti Nur Farrah Faadiah and Kamal, Suhaila and Sah Alam, Siti Nur Shahidah and Ridzuan, Abdul Rauf (2015) Penggunaan bahasa slanga dalam aplikasi IM (Instant Messaging) WhatsApp: kajian di kalangan pelajar UiTM / Siti Nasarah Ismail...[et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.
Abstract

Instant messaging (IM) sudah bertapak lama semenjak kewujudan media baharu. Tetapi kini dengan berkembangnya media baharu ke arah medium yang lebih interaktif, terdapat pelbagai pilihan aplikasi IM yang boleh digunakan oleh pengguna, antaranya seperti WhatsApp, WeChat, Line dan sebagainya. Era IM menjadi satu trend sosial dan komunikasi terkini di kalangan masyarakat. Tambahan pula, servis aplikasi IM ini disediakan secara komersial dan percuma, yang diperlukan hanyalah telefon pintar dan talian internet. Sehingga September 2015, jumlah pengguna aktif WhatsApp telah mencecah 900 juta orang. Walaubagaimanapun, isu penggunaan bahasa slanga ketika berkomunikasi menggunakan aplikasi IM menjadi semakin ketara. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor penyumbang yang membawa kepada isu tersebut. Soalan kajiselidik telah diedarkan kepada para pelajar UiTM Melaka yang aktif menggunakan aplikasi IM ini sama ada untuk urusan rasmi atau peribadi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 35744.pdf]
Text
35744.pdf
Download (303kB)
Indexing & Metrics