Peruntukan Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: suatu kajian terhadap mahasiswa di institut pengajian tinggi negeri Selangor / Baterah Alias ... [et al.]

Alias, Baterah and Saidon, Rafeah and Abd Aziz, Azhar and Mohd Aris, Suliah (2015) Peruntukan Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: suatu kajian terhadap mahasiswa di institut pengajian tinggi negeri Selangor / Baterah Alias ... [et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Abstract

Islam dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah peruntukan Perkara 3(1) yang menyatakan Agama Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Definisi Melayu di bawah peruntukan Perkara 160 menyatakan orang Melayu beragama Islam, berbahasa Melayu serta mengamalkan adat istidat Melayu serta peruntukan Perkara 153, hak keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan bukti kukuh pemberian hak kepada orang Melayu secara sah melalui peruntukkan undang-undang bagi mengiktiraf ketuanan Melayu. Permasalahannya, adakah peruntukkan undang-undang sedia ada sejajar dengan perlaksanaannya dalam sistem pentadbiran negara. Bagaimanakah orang Melayu melaksanakan peruntukan undang-undang berkaitan hak orang Melayu dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Berdasarkan justifikasi tersebut, statistik menunjukkan terdapat jurang perbezaan ekonomi, politik, sosial dan pendidikan orang Melayu dengan bukan Melayu. Berdasarkan permasalahan kajian tersebut, objektif kajian yang disasarkan ialah untuk menganalisis tahap kefahaman dan kesedaran dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi di Selangor mengenai peruntukkan Islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan serta penerimaan bukan Melayu terhadap peruntukan tersebut. Kajian awal mendapati, peruntukkan tersebut diterima baik oleh bukan Melayu tetapi dalam masa yang sama kaum lain juga diberi hak kewarganegaraan bagi mengimbangi peruntukkan tersebut. Diharapkan kertas kerja ini dapat merungkai masalah yang membelenggu orang Melayu supaya tindakan penambahbaikan dapat disyorkan bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu seiring dengan kaum lain dalam mengejar arus pembangunan negara yang kian mencabar pada masa kini.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Baterah
bbaterah@salam.uitm.edu.my
Saidon, Rafeah
rafeahsaidon@hotmail.com
Abd Aziz, Azhar
azhar_952@yahoo.com.my
Mohd Aris, Suliah
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JF Political institutions and public administration
J Political Science > JF Political institutions and public administration > General. Comparative government > Political rights. Political participation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: ICOMHAC
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 506-521
Keywords: Islam, Melayu, hak istimewa, perlembagaan
Date: December 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35740
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35740.pdf] Text
35740.pdf

Download (428kB)

ID Number

35740

Indexing

Statistic

Statistic details