Kurikulum seni silat Malaysia serta sumbangannya kepada warisan dan tamadun Melayu / Mohamad Nizam Mohamed Shapie ... [et al.]

Elias, Mohd Shahiid and Ismail, Sarimah and Abdul Hamid, Norlizah and Mohamed Shapie, Mohamad Nizam (2015) Kurikulum seni silat Malaysia serta sumbangannya kepada warisan dan tamadun Melayu / Mohamad Nizam Mohamed Shapie ... [et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Abstract

Silat merupakan seni mempertahankan diri orang Melayu yang digunakan sebagai ilmu pertarungan yang telah disusun menjadi ilmu seni perang Melayu tradisi. Ilmu ini diamalkan seiring dengan warisan yang lain seperti bahasa, adat istiadat, kesenian, kesusasteraan, permainan, busana, pertukangan, pelayaran, senjata, petua lain-lain lagi. Apabila institusi di raja tidak lagi menaungi para pahlawan dan orang perang, maka institusi seni perang Melayu tradisi telah bertukar peranan sebagai ilmu seni bela diri kepada orang-orang Melayu yang mana secara tidak langsung membentuk jati diri bangsa Melayu. Walaupun penulisan ilmiah ilmu PERSILATan tidak pernah ditemui, namun melalui karya sastera dan sejarah tamadun Melayu menunjukkan bahawa ilmu perang tradisi ini menggambarkan peranan para pahlawan yang mahir bersilat. Pada tahun 2006 Silat telah diiktiraf sebagai Ilmu Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara. Silat Melayu iaitu silat asli tempatan versi Malaysia telah berkembang kepada beberapa kumpulan yang diperturunkan secara tidak seragam. Manakala terdapat juga ilmu seni mempertahankan diri kaum pribumi yang masih diamalkan di kalangan kaum masing-masing. Kaedah pendidikan silat Melayu tradisi menggunakan gelanggang bangsal semakin kurang diamalkan disebabkan perkembangan silat di bandar-bandar yang menggunakan lapangan, dewan, kelab atau bangunan. Kaedah pendidikan silat moden wajar menggunakan satu Kurikulum Silat lengkap dengan sukatan dan rancangan pelajaran silat yang dapat membantu para guru dan jurulatih melaksanakan pengajaran dan pembelajaran silat serta ujian penilaian yang setara dan telus. Keseragaman perkhidmatan pendidikan silat memudahkan pengurusan ilmu dan masa depan silat, di samping membantu para guru, jurulatih dan pesilat memperkasakan perkhidmatan pendidikan silat di Malaysia.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Elias, Mohd Shahiid
admin@senigayungfatani.com
Ismail, Sarimah
sarim375@salam.uitm.edu.my
Abdul Hamid, Norlizah
norli144@salam.uitm.edu.my
Mohamed Shapie, Mohamad Nizam
nizam7907@salam.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Human fighting. > Silat. Pencak silat
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 381-398
Keywords: Gayung, silat, melayu
Date: December 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35696
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35696.pdf] Text
35696.pdf

Download (395kB)

ID Number

35696

Indexing

Statistic

Statistic details