Seni kontemporari: prospek mendokumentasi identiti masyarakat Melayu melalui ilustrasi stiker / Nurin Elani Makrai...[et al.]

Makrai, Nurin Elani and Roslan, Nur Fatiyah and Mislan, Ayuffeirah and Abu Sujak, Farhanah (2015) Seni kontemporari: prospek mendokumentasi identiti masyarakat Melayu melalui ilustrasi stiker / Nurin Elani Makrai...[et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Abstract

Gelombang budaya Korea telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan masyarakat kepada penggunaan stiker (sticker) sebagai sebahagian daripada pelengkap dalam membuat catatan kegiatan harian atau diari masyarakat Korea. Inspirasi penggunaan stiker di dalam masyarakat Melayu moden kini telah berleluasa. Di mana mereka sanggup membeli dan mengumpul koleksi stiker-stiker ini semata-mata untuk kepuasan diri. Hal ini telah memberi satu platform bagi pengkaji untuk mendalami sejauh mana pengaruh dan impak penggunaan stiker tersebut di kalangan masyarakat Melayu kini dihayati sepenuhnya atau sebaliknya. Selain daripada itu, penghasilan stiker daripada Negara Korea merupakan pengantara dalam memberikan informasi mengenai budaya masyarakat Korea itu sendiri. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui prospek mendokumentasi identiti masyarakat Melayu melalui ilustrasi pada stiker dapat mempromosikan budaya dan identiti masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, kajian merangkumi kebolehpasaran stiker yang melambangkan identiti masyarkat Melayu dapat diterima oleh masyarakat kini. Persekitaran serta konteks penghasilan stiker kontemporari pada dasarnya berbeza daripada penggunaan serta ilustrasi yang dihasilkan sebelum ini yang lebih menjurus kepada penggunaan seperti tanda harga, pelekat kenderaan dan sebagainya. Penggunaan stiker atau pelekat haruslah diamati dengan nilai-nilai murni serta unsur-unsur budaya Melayu agar dihayati dan dimengerti oleh masyarakat daripada pelbagai latar belakang budaya. Perbincangan mengenai tema, gaya dan tujuan stiker itu sendiri turut menggambarkan tentang keunggulan, keunikan dan kelebihan sesuatu ilustrasi pada stiker. Kebanyakan pihak pengeluar ataupun pereka stiker menghasilkan ilustrasi pada stiker mengikut identiti negara pengeluar tersebut.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Makrai, Nurin Elani
nurinelani@kelantan.uitm.edu.my/nelanimakrai@gmail.com
Roslan, Nur Fatiyah
hour_glass84@yahoo.com
Mislan, Ayuffeirah
ayuyuzm611@gmail.com
Abu Sujak, Farhanah
Farha717@salam.uitm.edu.my/farsujak@gmail.com
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Commercial art. Advertising art
N Fine Arts > NE Print media > Printmaking and engraving
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 337-343
Keywords: Seni Kontemporari, Identiti Masyarakat Melayu, Ilustrasi, Stiker/Pelekat (Sticker)
Date: December 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35693
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35693.pdf] Text
35693.pdf

Download (612kB)

ID Number

35693

Indexing

Statistic

Statistic details