Reka bentuk bengkung alam Melayu / Norizan Sajar ... [et al.]

Sajar, Norizan and Ab. Aziz, Arba’iyah and Aris, Asliza (2015) Reka bentuk bengkung alam Melayu / Norizan Sajar ... [et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.
Abstract

Bengkung merupakan medium atau kain yang membaluti perut di bahagian pinggang. Berbengkung merupakan amalan yang menjadi tradisi turun temurun dalam budaya Melayu. serta memainkan peranan penting dalam kecantikan dan kesihatan. Terdapat tiga kategori bengkung iaitu bengkung kesihatan, bengkung kecantikan dan bengkung perhiasan atau sebagai pelengkap pakaian. Saiz dan fabriknya bergantung kepada fungsi pemakaian. Kekurangan dokumentasi bertulis sebagai sumber rujukan yang khusus untuk reka bentuk bengkung dalam budaya Melayu telah mendorong penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan bagi mengenalpasti reka bentuk bengkung tersebut. Kewujudan pelbagai reka bentuk bengkung baharu dalam pasaran tempatan kini tidak lagi mengekalkan konsep tradisinya. Kaedah penyelidikan adalah secara deskriptif iaitu pemerhatian pada sampel bengkung dan dokumentasikan secara bertulis. Penyelidikan ini diharap dapat memelihara bengkung sebagai warisan tradisi Melayu untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para penyelidik, para sarjana dan bahagian perubatan tentang rekabentuk bengkung Melayu

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 35690.pdf]
Text
35690.pdf
Download (476kB)
Indexing & Metrics